COVID-19: IRAN TERIMA BEKALAN PERUBATAN WHO

TEHRAN: Iran menerima bantuan bekalan perubatan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam bagi menangani wabak koronavirus, demikian menurut laporan agensi berita IRNA.

Bekalan perubatan seberat 7.5 tan itu dihantar pesawat tentera Emiriah Arab Bersatu yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di sini, kata IRNA dipetik Xinhuanet.

Bekalan perubatan itu termasuk ubatan-ubatan, alat saringan, sarung tangan, topeng muka dan alat bantuan pernafasan.

Enam ahli perubatan, termasuk doktor, pakar epidemiologi dan pakar makmal tiba di ibu kota Tehran semalam bagi membantu Iran mengawal penularan virus itu.

Terdahulu, Iran mengumumkan 1,051 rakyatnya dijangkiti koronavirus di negara itu dengan 66 daripadanya maut. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply