Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI TIDAK BENARKAN KEDATANGAN PENDUDUK ISRAEL

DUNIA

ARAB SAUDI TIDAK BENARKAN KEDATANGAN PENDUDUK ISRAEL

RIYADH: Walaupun mendapat kebenaran daripada Israel untuk melawat, penduduk Israel tidak dialu-alukan di Arab Saudi buat “masa ini”, kata Menteri Luar Negeri Arab Saudi semalam dipetik agensi berita Anadolu.

“Apabila perjanjian damai dicapai di antara Palestin dan Israel, isu penglibatan Israel di persekitaran serantaunya akan dilaksanakan,” kata Faisal bin Farhan memberitahu CNN.

Beliau menekankan polisi kerajaan Arab Saudi untuk tidak mempunyai hubungan dengan Israel, di mana pemegang passport Israel tidak akan diterima buat masa sekarang.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Israel, Aryeh Deri, menandatangani perjanjian untuk membenarkan rakyat Israel untuk melawat Arab Saudi secara rasmi bagi “mengambil bahagian dalam mesyuarat perdagangan atau mencari pelabur,” bagi lawatan tidak melebihi sembilan hari iaitu kelulusan tambahan penduduk Muslim di Israel yang berhajat menunaikan haji di Makkah.

Kebelakangan ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan kemajuan dalam mengeratkan hubungan antara Israel dan negara-negara Arab yang tidak dinamakan. –Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading