Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETUA WHO LAWAT CHINA EKORAN PENULARAN WABAK KORONAVIRUS

DUNIA

KETUA WHO LAWAT CHINA EKORAN PENULARAN WABAK KORONAVIRUS

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan melawat China untuk melihat situasi wabak novel koronavirus, demikian menurut laporan Xinhuanet.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi ciapan twitternya berkata beliau akan ke China untuk bertemu dengan pihak kerajaan dan pakar-pakar kesihatan bagi membantu menyokong tindak balas wabak koronavirus, selain pasukannya akan memantau perkembangan terbaharu di sana serta mengukuhkan kerjasama dengan China dalam mencari kaedah perlindungan daripada wabak ini.

Beliau berkata agensinya bekerja 24 jam sehari untuk membantu masyarakat China dalam masa yang sukar ini dan terus berhubung dengan negara terkesan, sementara WHO mengemaskini panduan khusus tindak balas kepada negara terbabit.

WHO telah mengaktifkan rangkaian pakar-pakar global dan nasihat pantas untuk setiap negara serta bekerja dengan mereka untuk mengaktifkan tindak balas terhadap wabak itu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading