Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WHO AKUI SILAP NILAI KORONAVIRUS

DUNIA

WHO AKUI SILAP NILAI KORONAVIRUS

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui kesilapannya dalam kenyataan berhubung laporan mengenai penilaian tentang risiko koronavirus yang sedang melanda China dan beberapa negara lain di seluruh dunia.

Menurut laporan NDTV, agensi itu dalam satu laporan diterbitkan Ahad lalu memaklumkan risiko jangkitan di China, peringkat serantau dan global adalah tinggi.

Sehubungan itu, WHO mengakui terdapat kesilapan apabila meletakkan risiko global pada tahap sederhana seperti diterbitkan pada Khamis hingga Jumaat lalu.

Menurut jurucakap WHO, Fadela Chaib, hal itu berlaku kerana terdapat kesilapan dalam kata-kata.

Khamis lalu, WHO berhenti mengisytiharkan koronavirus sebagai darurat kesihatan awam antarabangsa kerana bimbang ia mencetuskan kebimbangan antarabangsa. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading