Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI UMUM STATUS HAJI

DUNIA

ARAB SAUDI UMUM STATUS HAJI

(GAMBAR OLEH : AFP)

MAKKAH: Teka-teki mengenai pelaksanaan ibadah haji tahun ini terjawab selepas Arab Saudi hari ini mengumumkan kebenaran ibadah itu dilaksanakan tahun ini.

Selain laporan media Arab Saudi, berita gembira itu turut dimaklumkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melalui ciapan di Twitter rasmi kementerian itu.

“#Haji2021 akan berlangsung tahun ini dengan mematuhi semua langkah keselamatan dan pencegahan,” kata kementerian tersebut.

Lapor Arab News, perincian mengenai operasi haji tahun ini akan ditentukan oleh bahagian kawalan dan standard kesihatan COVID-19 Arab Saudi.

Portal berita itu juga melaporkan, Arab Saudi akan memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah selain memastikan mereka dapat melaksanakan ibadah dengan mudah dan aman.

Setakat berita ini ditulis, jumlah jemaah yang dibenarkan menunaikan haji tahun ini belum diumumkan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading