SELAMATKAN AL-QUDS!

OLEH: Siti Nur Afifah Muhab Shah

KUALA LUMPUR: Penghujung Ramadan kali ini, dua insiden yang sangat besar sedang berlaku di Kota al-Quds.

Pertama, apa yang sedang berlaku di Masjid al-Aqsa sendiri. Serangan, kekejaman, dan penindasan ke atas penduduk-penduduk Kota al-Quds yang datang menunaikan solat di Masjid al-Aqsa.

Zionis sanggup bertindak kejam dengan tujuan mengosongkan Masjid al-Aqsa sebelum peristiwa sambutan Hari Al-Quds.

Tindakan bacul itu juga kerana pada setiap 28 Ramadan, Yahudi akan mengadakan ritual-ritual keagamaan mereka di dalam kawasan Masjid al-Aqsa.

Kanak-kanak dipukul, wanita diinjak, dan para pemuda terpaksa berdepan dengan kekerasan, ditangkap dengan sebab mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Kedua, apa yang sedang berlaku di perkampungan yang bernama Syeikh Jarrah di Palestin.

Nama yang agung, iaitu gelaran diberikan kepada Pakar Bedah, Salahuddin al-Ayubi.

Bumi yang pernah dijejak oleh Salahuddin al-Ayubi kini berada di tangan musuh. Saat ini sedang berlaku usaha pengusiran penduduk-penduduk yang berada di Syeikh Jarrah, keluar meninggalkan perkampungan mereka.

Bayangkan pada 1948 berlaku pengusiran besar-besaran sehingga mereka terpaksa keluar meninggalkan tanah air mereka.

Ketika itu, tiada negara Islam yang bersuara. Tiada tentera besar yang turun membantu mereka. Tidak ada orang yang menyahut seruan dan laungan mereka memohon bantuan dan pertolongan.

Saat ini, sejarah sedang berulang di zaman kita. Nakbah kecil sedang berlaku di Syeikh Jarrah.

Adakah sejarah sekali lagi akan berulang? Adakah kita akan terus senyap dan membiarkan sisa baki perkampungan orang-orang Islam di bumi Palestin ini terus dirampas oleh penjajah Zionis?

Menurut Ketua Pegawai Operasi Cinta Gaza Malaysia, Nadir al-Nuri Kamaruzaman, “Kami dihubungi oleh saudara dan rakan-rakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertapak di al-Quds dan Tebing Barat. Mereka menyeru kepada kita untuk melancarkan tabung kecemasan bagi membantu mengatasi dan mendepani apa yang sedang berlaku di al-Quds ketika ini.

“Sumbangan kalian insya-Allah akan digunakan untuk memastikan mereka terus bersolidariti dan mempertahankan tanah wakaf milik umat Islam ini.

“Sebahagiannya juga akan digunakan untuk keperluan semasa di tempat kejadian serta untuk mempertahankan rumah-rumah wakaf, bangunan dan tanah, dengan membayar sewa, juga dengan memberi kafalah (tajaan sara hidup keluarga) kepada keluarga-keluarga al-Quds yang merupakan barisan pertama Masjid al-Aqsa.” katanya.

Tambah Nadir al-Nuri, pihaknya mensasarkan kutipan RM500,000 sehingga akhir Ramadan ini dan bantuan isu pastinya akan dapat melakukan sesuatu untuk membantu rakyat Palestin di sana.

Jangan tunggu lama untuk bertindak. Kita tidak mahu sejarah mencatatkan bahawa Syeikh Jarrah dan al-Aqsa telah dicemari dan dinodai di zaman ini!

Dapatkan isu terkini mengenai Palestin di Telegram Channel t.me/cintagaza dan t.me/nadiralnuri.

Sumbang untuk Al-Quds boleh dibuat melalui link infakpalestin.com atau ke akaun Maybank Cinta Gaza Malaysia 564810507826 dengan rujukan: savealquds. – AlHijrah Online

Penulis adalah Ketua Pegawai Portfolio, Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.

Leave a Reply