Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS LUASKAN LARANGAN VISA TERHADAP PEMEGANG PASPORT PALESTIN

DUNIA

AS LUASKAN LARANGAN VISA TERHADAP PEMEGANG PASPORT PALESTIN

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meluaskan sekatan visa terhadap pemegang pasport Palestin dengan menggantung kelulusan hampir semua kategori visa pelawat bukan imigran.

Gambar ARKIB.

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meluaskan sekatan visa terhadap pemegang pasport Palestin dengan menggantung kelulusan hampir semua kategori visa pelawat bukan imigran, lapor The New York Times pada Ahad, menurut Xinhua.

Penggantungan itu kini merangkumi permohonan bagi rawatan perubatan, pengajian universiti, perjalanan perniagaan serta lawatan ke rumah rakan atau keluarga, menurut laporan itu.

Langkah itu, yang digariskan Jabatan Negara AS bertarikh 18 Ogos kepada kedutaan dan konsulat AS, secara signifikan memperluas sekatan terdahulu yang hanya terpakai kepada penduduk Gaza. 

Polisi terbaharu ini kini turut meliputi rakyat Palestin di Tebing Barat dan diaspora. 

Awal bulan ini, pentadbiran Trump juga membatalkan visa beberapa anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Pihak Berkuasa Palestin, sekali gus menghalang mereka daripada menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan datang di New York.

Jabatan Negara AS berkata keputusan itu dibuat atas alasan keselamatan negara, dengan menuduh pemimpin Palestin gagal menolak keganasan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading