Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN NAZRIN DISERANG WANITA SEMASA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

DALAM NEGARA

SULTAN NAZRIN DISERANG WANITA SEMASA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Seorang wanita tempatan telah ditahan polis selepas cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di Ipoh, hari ini. 

IPOH: Seorang wanita tempatan telah ditahan polis selepas cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di sini hari ini. 

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.

“Siasatan awal juga mendapati wanita berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun ujian air kencing hari ini mendapati suspek negatif dadah. 

“Suspek juga mempunyai rekod rawatan psikiatri dan sedang berada di bawah rawatan pakar,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah. 

Terdahulu, ketika Sultan Nazrin sedang memberikan tabik hormat, seorang wanita meluru dari barisan belakang tetamu di atas pentas utama dan menyentap tangan baginda sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan serta dibawa keluar.

Sultan Nazrin kemudian meneruskan upacara berkenaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading