ASKAR WANITA ISRAEL YANG DIBEBASKAN NAFI DIBERI DADAH SEMASA DALAM TAWANAN
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang untuk membuatkan mereka kelihatan gembira sebelum dibebaskan.
Empat askar wanita Israel, Naama Levy, Liri Albag, Daniella Gilboa and Karina Ariev, berdiri di atas pentas sebelum pejuang Hamas menyerahkan mereka kepada pasukan dari Palang Merah di Kota Gaza. Tebusan wanita Israel yang dibebaskan telah pulang ke rumah di Israel pada 25 Januari, menamatkan tahanan selama lebih 15 bulan selepas militan Hamas menyerahkan mereka kepada Palang Merah di bawah perjanjian gencatan senjata dalam perang Gaza.
Sumber Gambar: AFP
BAITULMUQADDIS: Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah “sangat baik” dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang untuk membuatkan mereka kelihatan gembira sebelum dibebaskan.
Penyiar rasmi Israel, KAN melaporkan doktor tentera mendapati askar wanita itu berada dalam keadaan “sihat dan stabil” selepas menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik dibebaskan.
Doktor turut memaklumkan bahawa askar wanita itu mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa dalam tawanan.
Askar wanita itu kemudian mengesahkan bahawa nyawa mereka terancam dan mereka mengalami “ketakutan melampau” akibat pengeboman sengit tentera Israel berhampiran tempat mereka ditahan.
Kenyataan mereka selari dengan amaran awal kumpulan pejuang Palestin yang menyatakan bahawa serangan udara Israel telah menyebabkan kematian puluhan tahanan dalam jagaan mereka dan hampir mengakibatkan kematian beberapa yang lain.
Ahli keluarga askar yang dibebaskan memberitahu saluran Israel, Channel 12, bahawa tawanan itu memaklumkan bahawa mereka ditahan di lokasi yang sangat dekat dengan kawasan pengeboman, yang menyasarkan wilayah Gaza selama lebih 15 bulan.
Menurut kenyataan, askar wanita itu turut menyatakan bahawa mereka kerap dipindahkan antara rumah dan terowong semasa dalam tahanan, di tengah-tengah serangan udara, untuk memastikan keselamatan mereka.
Hamas menyerahkan empat askar wanita itu pada Sabtu di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel.
Seramai 200 tahanan Palestin turut dibebaskan sebagai pertukaran dengan askar wanita itu.
Di bawah fasa pertama gencatan senjata itu, Israel kini dijadual berundur dari kawasan Koridor Netzarim yang memisahkan utara Gaza dengan selatannya, membolehkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal kembali ke utara.
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata selama enam minggu itu bermula pada 19 Jan, menangguhkan serangan genosid Israel yang telah mengorbankan lebih 47,000 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 yang lain sejak 7 Okt 2023.
Pada hari pertama perjanjian itu, Israel membebaskan 90 tahanan Palestin sebagai pertukaran dengan tiga tawanan Israel yang dibebaskan oleh Hamas.
Perjanjian gencatan senjata tiga fasa itu merangkumi pertukaran tahanan dan ketenangan yang berterusan, bertujuan mencapai genjatan senjata kekal dan pengunduran tentera Israel dari Gaza.
Serangan Israel juga menyebabkan lebih 11,000 orang hilang, dengan kemusnahan meluas dan krisis kemanusiaan yang meragut nyawa ramai warga emas, wanita dan kanak-kanak.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangan yang dilancarkan ke atas wilayah itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.