Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRUMP SAHKAN BOM 907.2 KG ‘DALAM PERJALANAN’ KE ISRAEL

DUNIA

TRUMP SAHKAN BOM 907.2 KG ‘DALAM PERJALANAN’ KE ISRAEL

Sekatan yang dikenakan Biden sebelum ini bertujuan membantah tindakan ketenteraan Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, sehingga mencetuskan satu daripada krisis paling signifikan dalam hubungan AS-Israel semasa serangan Israel ke atas wilayah itu.

Sumber Gambar: AFP

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa “banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh Israel, tetapi tidak dihantar oleh Joe Biden kini dalam perjalanan,” lapor Agensi Anadolu (AA).

Ini termasuk penghantaran 1,800 bom MK-84 yang telah tertangguh selama beberapa bulan.

Kenyataan Trump di platform Truth Social itu dibuat susulan keputusan Pentagon untuk menarik balik sekatan terhadap penghantaran “bom”, yang dikenakan pada Mei lepas oleh pentadbiran Biden.

Axios melaporkan bahawa sekatan itu ditarik balik selepas pegawai Israel dimaklumkan oleh Pentagon pada Jumaat.

Bom seberat 907.2 kilogram (kg) itu yang sebelum ini disimpan di AS dijangka akan dihantar dalam beberapa hari akan datang.

Sekatan yang dikenakan Biden sebelum ini bertujuan membantah tindakan ketenteraan Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, sehingga mencetuskan satu daripada krisis paling signifikan dalam hubungan AS-Israel semasa serangan Israel ke atas wilayah itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menggunakan kelewatan itu sebagai alat politik dengan mengumpulkan sokongan daripada penggubal undang-undang Republikan Amerika yang mengkritik pendirian Biden, walaupun sekatan itu dilakukan berikutan kebimbangan terhadap potensi korban awam di Gaza. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading