Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AUSTRALIA SENARAI HAMAS SEBAGAI ORGANISASI PENGGANAS

DUNIA

AUSTRALIA SENARAI HAMAS SEBAGAI ORGANISASI PENGGANAS

Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza, hakikatnya berusaha untuk ‘membebaskan’ Baitulmaqdis daripada kekejaman rejim Israel, namun tindakan itu dianggap Australia dan sekutu barat sebagai pengganas.

Gambar fail anggota kumpulan Ezzedine Briged al-Qassam, sayap bersenjata pergerakan Hamas, ketika majlis pengebumian rakan seperjuangan mereka, Mohammed Abid, di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. – Sumber gambar : AFP

SYDNEY: Australia hari ini menyenaraikan keseluruhan pergerakan Islam Palestin, Hamas, sebagai pertubuhan pengganas berbanding sebelum ini yang hanya menyenaraikan Briged al-Qassam di bawah Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza, hakikatnya berusaha untuk ‘membebaskan’ Baitulmaqdis daripada kekejaman rejim Israel, namun tindakan itu dianggap Australia dan sekutu barat sebagai pengganas.

Menteri Dalam Negeri Australia, Karen Andrews, berkata pandangan Hamas selaku kumpulan ekstremis ganas amat membimbangkan.

“Amat penting untuk undang-undang kita menyasarkan bukan sahaja tindakan pengganas dan kumpulan pengganas, tetapi juga organisasi yang merancang, membiayai dan melaksanakan tindakan itu,” kata Andrews.

Penakrifan itu bermakna sebarang pembiayaan atau segala bentuk sokongan kepada Hamas kini dilarang, dengan ada antara kesalahan melakukannya boleh dikenakan hukuman penjara 25 tahun.

Sejak 2007, Israel telah mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza, apabila Hamas berjaya menguasai penempatan asal penduduk Palestin itu.

Amerika Syarikat (AS) sudah lama menakrifkan Hamas sebagai kumpulan pengganas manakala Kesatuan Eropah (EU) turut menyenaraikan Hamas sebagai kumpulan pengganas selepas tindakan itu gagal dicabar di mahkamah.

Negara lain yang menyenaraikan Hamas sebagai kumpulan pengganas ialah United Kingdom manakala New Zealand hanya menyenaraikan Briged Al-Qassam sebagai organisasi pengganas. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading