Author Archives: faezbaderolhesam

PARLIMEN PERLU BERSIDANG SECEPAT MUNGKIN – AGONG

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda bertitah demikian bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat. Baginda menzahirkan pandangan tersebut selepas memperhalusi pandangan para pemimpin parti politik,

Read more

PELAN PEMULIHAN HARAPAN RAKYAT KELUAR DARI COVID-19

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menyokong Pelan Pemulihan Negara bagi merealisasikan hasrat Malaysia untuk bebas daripada pandemik COVID-19. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia merupakan tanggungjawab ahli-ahli Parlimen yang mana rakyat berharap agar jumlah kes dapat diturunkan di samping menyelamatkan nyawa serta ekonomi dipulihkan. “Kita berdepan gabungan krisis kesihatan, ekonomi dan ketidakstabilan politik secara serentak. Berpolitik sepanjang masa

Read more

GAZA KEMBALI DISERANG

GAZA: Tentera rejim Zionis Israel melancarkan semula serangan udara yang pertama selepas serangan 11 hari ditamatkan dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu. Tindak balas itu susulan rasa kurang senang Israel apabila ada penduduk Palestin menerbangkan belon yang diikat bahan pembakar ke kawasan wilayah haram Israel sebagai tanda tunjuk perasaan terhadap ‘Perarakan Bendera’ yang diadakan di Baitulmaqdis. Dalam satu kenyataan,

Read more

PERARAKAN BENDERA: HAMAS SIAP SEDIA MALAM INI JIKA ISRAEL MENYERANG

BAITULMUQADDIS: Pejuang Hamas bersedia menghadapi serangan rejim Zionis Israel jika keadaan kembali tegang susulan tindakan Israel yang berdegil untuk meneruskan ‘Perarakan Bendera’ di perkarangan Masjid al-Aqsa. Hamas sebelum ini memberi amaran perarakan kontroversi itu bakal menyemarakkan semula konflik berlarutan selama 13 hari yang telah reda pada bulan lalu. Lapor agensi, Israel tidak akan berundur untuk meneruskan perarakan tersebut, malah menugaskan

Read more

PARLIMEN DIJANGKA KEMBALI BERSIDANG PADA SEPTEMBER

KUALA LUMPUR: Parlimen akan bersidang semula pada September atau Oktober ini, dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi komitmen bahawa sidang Parlimen akan berlangsung semasa tempoh fasa ketiga dalam Pelan Pemulihan Negara. “Ini pendirian saya daripada awal bahawa sistem demokrasi Parlimen boleh berfungsi semula pada masa sesuai, iaitu setelah kes

Read more

PELAN PEMULIHAN NEGARA: SEKTOR SOSIAL DIJANGKA DIBUKA PADA SEPTEMBER

KUALA LUMPUR: Pelan Pemulihan Negara merupakan strategi Malaysia untuk keluar dari pandemik COVID-19 bagi mengembalikan kehidupan harian biasa kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pelan tersebut akan dilaksanakan secara berfasa, berdasarkan data yang bersandarkan kepada tiga indikator utama. Menurutnya, setiap fasa dijangka mengambil masa dua bulan, dengan pembukaan sektor sosial (termasuk sekolah) secara berperingkat menjelang fasa ketiga yang dijangka

Read more

LELAKI BAKAR AL-QURAN, BERANG SELEPAS CINTA DITOLAK

PADANG TERAP: Polis menahan seorang lelaki bukan Islam selepas bertindak membakar al-Quran akibat cintanya ditolak, di belakang sebuah tandas awam di Pekan Kuala Nerang, di sini, malam tadi. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki pada jam 12.25 tengah malam tadi selepas menerima sebuah video yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp. “Pengadu bersama dua

Read more

AGONG KURNIA WATIKAH KETUA PERWAKILAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 19 Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka berkenan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan itu yang lazimnya diadakan di Istana Negara disempurnakan menerusi pengurniaan secara berutus, susulan pelaksanaan Perintah

Read more

POLIS TAHAN PASANGAN BANTU SIASATAN BAYI DITINGGALKAN

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki dan wanita di Garden Avenue Seremban 2 bagi membantu siasatan berhubung kes bayi ditinggalkan di perhentian bas depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sendayan, semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, pasangan tersebut ditahan pada jam 7.30 petang semalam. “Berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperolehi, polis menahan seorang perempuan dan lelaki Melayu

Read more

PENANGGUHAN IBADAT HAJI PASTI ADA HIKMAH TERSENDIRI

OLEH: DR. HJH. ANISAH ABDUL GHANI Bakal jemaah haji Malaysia sekali lagi pastinya merasa agak sedih dan kecewa apabila dimaklumkan buat kali kedua berturut-turut ibadat haji pada tahun ini hanya terhad kepada penduduk dan pemastautin di Arab Saudi. Penangguhan ini adalah disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang masih belum banyak berubah bahkan terdapat gelombang baru peningkatan kes di sebahagian

Read more
« Older Entries Recent Entries »