Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berucap sempena lawatan kerja beliau di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini. — fotoBERNAMA
CHUKAI: Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb depan akan mengambil kira manifesto semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata urus setia khas bajet baharu telah ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji manifesto parti yang positif untuk dimasukkan dalam bajet berkenaan.
Selain itu beliau berkata beberapa penambahbaikan juga akan dipertimbangkan dalam Bajet 2023 itu bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan agenda rakyat.
“Ada pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan yang membentuk dua pertiga majoriti. Setiap parti ada manifesto-manifesto yang baik untuk dilaksanakan.
“Urus setia khas yang meneliti manifesto parti dalam Kerajaan Perpaduan telah ditubuhkan untuk teliti perkara-perkara ini,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kemaman di sini hari ini.
Selain itu, Ahmad berkata kerajaan juga tiada halangan untuk meneruskan perkara positif yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2023 sebelum ini.
Beliau berkata sebagai contoh pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM150 kepada setiap pelajar tanpa mengira pendapatan keluarga yang akan mula diagihkan pada 12 Jan depan.
“Hal-hal bajet akan dibincangkan pada mesyuarat kementerian (Kementerian Kewangan) pada mesyuarat 3 Jan depan.
“Terpulang kepada Perdana Menteri untuk memutuskan tema bajet dan kandungannya,” katanya.
Sebelum ini Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Okt lepas. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.