HENTAKAN OBJEK KERAS DAN TUMPUL DI KEPALA PUNCA KEMATIAN KANAK-KANAK EMPAT TAHUN
Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat adalah disebabkan hentakan objek keras dan tumpul di kepala.
JOHOR BAHRU: Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat adalah disebabkan hentakan objek keras dan tumpul di kepala.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata punca kematian itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat yang selesai dijalankan semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI).
“Hasil bedah siasat dibuat secara teliti dan pakar HSI mendapati bahawa punca kematian adalah blunt trauma to the head iaitu hentakan benda keras.
“Walau bagaimanapun terdapat kesan calar, kesan gigitan.. insya-Allah siasatan kita teruskan untuk dapatkan maklumat hasil bedah siasat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor KOR Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi 2022 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Beliau berkata 10 individu termasuk ahli keluarga mangsa juga sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
“Kita merakam percakapan ahli keluarga dan beberapa orang saksi yang kita yakin dapat membantu siasatan dan ada lagi individu akan dipanggil untuk dirakam percakapan,” katanya.
Sementara itu, lima suspek termasuk kakak dan abang ipar mangsa yang sebelum ini ditahan reman bermula Ahad hingga Sabtu ini, akan disambung reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom di sini kira-kira 5.30 petang.
Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 23 Dis setelah dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang sebelum meninggal dunia Isnin lepas.
Kanak-kanak itu dijaga oleh kakaknya selepas ibu bapa mereka dihukum penjara kerana kesalahan dadah sebelum diserahkan kepada rakan kakaknya (pengadu) untuk dijaga.
Polis sebelum ini mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama di seluruh badan mangsa dan antara kecederaan yang dapat dilihat ialah kesan dicucuh api atau benda panas termasuk di kemaluan serta gigitan di telinga.
Sehingga kini, lima individu berusia lingkungan 15 hingga 37 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan termasuk kakak mangsa berusia 19 tahun dan suaminya, 37. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests