TANAH RUNTUH: ANAK SEMPAT MINTA JAGA DIRI SEBELUM PERGI – BAPA
“Sebelum pergi, anak sempat memeluk dan memberitahu, saya akan tinggal seorang diri di rumah selepas ini, jadi saya kena jaga diri sendiri memandangkan dia dan emaknya hendak pergi berkhemah.”
Tong Chee Kong, 44, menunjukkan gambar isteri Lai Lee Koon, 44, dan Tong Kai En, 9, yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm ketika ditemui Bernama di Jalan Dato Senu hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang bapa tidak menyangka tingkah laku anak tunggalnya yang bersunguh-sungguh berpesan supaya beliau menjaga diri sebelum pergi berkhemah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, dekat sini, pada 13 Dis lalu, merupakan detik terakhir mereka bersama.
Bagi peniaga ubat ,Tong Chee Kong, 44, sehingga saat ini masih tergiang-ngiang kata-kata terakhir mendiang anak lelakinya,Tong Kai En, 9, yang pergi berkhemah di kawasan itu bersama rombongan sekolah sebelum terkorban dalam tragedi pada 16 Dis lalu.
“(Sebelum pergi) anak sempat memeluk dan memberitahu, saya akan tinggal seorang diri di rumah selepas ini, jadi saya kena jaga diri sendiri memandangkan dia dan emaknya hendak pergi berkhemah.
“Dia kemudian bersalam dan memeluk saya sekali lagi sebelum berkali-kali berpesan supaya menjaga diri. Selepas itu tiada lagi komunikasi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato’ Senu, di sini, hari ini.
Beliau sebelum itu menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, dengan diiringi Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kematian sebanyak RM20,000.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali (kiri) menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada waris, Tong Chee Kong, 44. — fotoBERNAMA
Menceritakannya lebih lanjut, Tong berkata hanya mengetahui kejadian itu apabila dihubungi oleh ibu mentua kira-kira jam 10 pagi yang bertanyakan sama ada anak dan isterinya telah pulang dari tapak khemah berkenaan selepas melihat berita kejadian tanah runtuh yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen.
Tong, yang ketika itu berada di tempat kerja, kemudian segera menghubungi balai polis berdekatan untuk mengetahui sama ada anak dan isterinya, Lai Lee Koon, 44, terlibat, namun gagal mendapat sebarang pengesahan kerana polis belum mendapat maklumat penuh.
Selepas seharian menunggu, katanya, beliau kemudian nekad mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam kejadian dengan harapan akan menemui mereka dalam keadaan selamat, namun dunianya bagaikan gelap seketika apabila dimaklumkan anak dan isterinya merupakan antara terkorban dalam tragedi itu.
Sementara itu, ibu Nurul Azwani Kamaruzaman, 31, iaitu Siti Esah Hassan, 53, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang periang dan peramah menyebabkannya disenangi bukan sahaja oleh kaum keluarga tetapi juga dalam kalangan kenalannya.
“Sehingga kini saya masih teringat-ingat saat bersama arwah kerana beliau seorang anak yang baik dan sering mengambil berat tentang keluarga,” katanya yang turut menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kematian sebanyak RM10,000 selepas dikunjungi oleh Armizan di rumahnya di Kampung Batu, di sini.
Sementara itu Armizan, dalam satu kenyataan. memaklumkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM480,000 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan kerja-kerja penyiasatan tapak cerun runtuh di laluan B66 seksyen 14.0 Jalan Batang Kali – Genting Highlands, Hulu Selangor, dekat sini.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi, 16 Dis lepas di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali itu menyaksikan 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager