TIGA LELAKI DITAHAN GUNA DRON CUBA SELUDUP BARANG TERLARANG KE PENJARA
“Ketiga-tiga lelaki berusia 35 hingga 39 tahun itu bertindak tergesa-gesa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Honda CRV dan memecut laju melarikan diri sebelum ditahan berdekatan jalan utama Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Bukit Belah, Machang,”
KOTA BHARU: Polis menahan tiga lelaki dipercayai cuba menyeludup barang terlarang ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang dengan menggunakan dron pada 12 Dis lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu unit dron yang kelihatan diterbangkan dan menceroboh kawasan pusat pemulihan akhlak itu pada 1.05 pagi.
“Hasil tindakan segera menggunakan teknologi peranti pengesan mendapati pengendali dron tersebut berada di kawasan berdekatan iaitu di Jalan Kuing Indah, Kampung Pangkal Meleret, Machang.
“Ketiga-tiga lelaki berusia 35 hingga 39 tahun itu bertindak tergesa-gesa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Honda CRV dan memecut laju melarikan diri sebelum ditahan berdekatan jalan utama Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Bukit Belah, Machang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan sejumlah barangan termasuk lima telefon bimbit, dua unit ‘power bank’, sebilah parang, 20 mercun bola dan sebilah badik.
“Polis turut menjumpai satu alat kawalan jauh dron model rc123, 13 bungkusan tembakau dan 41 bungkusan kecil mampat disyaki tembakau,” katanya.
Muhammad Zaki berkata kesemua barang itu dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, Sekyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Katanya kesemua lelaki itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Machang pada 19 Dis lepas di bawah Seksyen 58(1) Akta Penjara 1995, Peraturan 140 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1957.
“Menerbangkan dron tanpa permit atau tanpa kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam adalah satu kesalahan dan penggunaannya untuk tujuan jenayah juga satu kesalahan yang boleh diambil tindakan dari segi undang-undang yang ada.
“Polis tidak akan berkompromi dengan perlanggaran perundangan ini dan tindakan tegas akan diambil sewajarnya,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked