PERMAISURI JOHOR ZAHIR RASA SEDIH KES KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI DIDERA
“Sebagai seorang ibu dan juga nenek, saya bukan sahaja menyeru, bahkan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya lebih peka dan ambil berat akan keselamatan kanak-kanak. Setiap nyawa, tidak ternilai harganya,”
JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menzahirkan rasa sedih apabila menerima perkhabaran kes kematian kanak-kanak lelaki yang dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat, Isnin lepas.
Baginda bertitah agar seluruh rakyat Malaysia supaya lebih peka dan mengambil berat akan keselamatan kanak-kanak.
“Sungguh memilukan hati saya mendengar penerangan daripada Ketua Polis (Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat), sehingga beliau sendiri menitiskan air mata. Ia mengingatkan saya kepada kes mendiang ‘Baby Bala’ pada tahun 1990 yang turut membawa kepada penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001.
“Sebagai seorang ibu dan juga nenek, saya bukan sahaja menyeru, bahkan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya lebih peka dan ambil berat akan keselamatan kanak-kanak. Setiap nyawa, tidak ternilai harganya,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook The Royal Johor.
Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Kamarul Zaman bagi menerima persembahan makluman mengenai fakta-fakta kes itu di Istana Bukit Serene di sini, semalam.
Turut hadir pada pertemuan itu, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Datuk Amir Nasruddin dan Presiden Johor Women’s League (JEWEL) Thanam Visvanathan-Suresh bagi menyampaikan pandangan daripada sudut perundangan serta badan bukan kerajaan (NGO).
Permaisuri Johor turut bertitah agar kematian kanak-kanak itu tidak sia-sia dan menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih peka dalam usaha melindungi golongan itu.
“Ada pepatah menyebut satu kampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak. Kanak-kanak mengharapkan dan memerlukan kita ahli masyarakat untuk menjaga keselamatan mereka. Janganlah kita lepas tangan sehingga terjadi penderaan berlarutan dan kehilangan nyawa.
“Kita semua ada peranan yang amat penting dalam masyarakat iaitu melindungi kanak-kanak daripada didera. Tanggungjawab kita adalah amat besar. Jangan lupa itu adalah amalan dari Allah Yang Maha Esa,” titah baginda.
Selasa lepas, Kamarul Zaman dilaporkan berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di sini sejak 23 Dis setelah dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang sebelum meninggal dunia, Isnin lepas.
Mangsa dijaga oleh kakaknya selepas ibu bapa mereka dihukum penjara kerana kesalahan dadah sebelum diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga.
Sehingga kini, lima individu berusia lingkungan 15 hingga 37 tahun sedang direman bagi membantu siasatan termasuk kakak mangsa yang berusia 19 tahun dan suaminya, 37. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests