Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAJET 2023 AKAN DIBENTANGKAN SEMULA PADA 24 FEB – KEMENTERIAN KEWANGAN

DALAM NEGARA

BAJET 2023 AKAN DIBENTANGKAN SEMULA PADA 24 FEB – KEMENTERIAN KEWANGAN

Kementerian Kewangan mengesahkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Bajet 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

Datuk Seri Anwar Ibrahim –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengesahkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Bajet 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Feb, 2023.

“Ya tarikh itu disahkan,” ujar ringkas seorang jurucakap Kementerian Kewangan kepada media semasa diminta mengesahkan perkara tersebut hari ini.  

Beberapa media melaporkan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menyatakan bahawa Bajet 2023 akan dibentangkan pada 24 Feb depan kerana hanya mini belanjawan bagi perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji dibentangkan sebelum ini.  

“Secara keseluruhan, pembentangan belanjawan dan proses perbahasan termasuk urusan jawatankuasa dan dasar akan mengambil masa selama 21 hari,” beliau dipetik sebagai berkata dalam portal The Star Online lewat semalam.

Menurut portal rasmi Parlimen, mesyuarat pertama sesi kedua Parlimen ke-15 akan berlangsung dari 13 Feb hingga 30 Mac, 2023. 

Pada 20 Dis lepas, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Mini Bajet 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Akauntabiliti) 2022.

Pada 7 Ok, 2022, menteri kewangan pada masa itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang bernilai RM372.3 bilion, peruntukan terbesar dalam sejarah Malaysia.  

Tiga hari kemudiannya, pada 10 Okt, Parlimen dibubarkan bagi memberi ruang kepada pilihan raya ke-15 diadakan pada 19 Nov, 2022. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading