BANJIR: IBU UTAMAKAN SELAMAT BAJU SEKOLAH EMPAT ANAK
“Tak sempat nak angkat apa-apa, yang dapat dokumen, baju sekolah. Yang penting sudah beli kelengkapan anak-anak untuk penggal baharu macam beg, kasut… itu yang penting,”
Penduduk setempat meredah banjir ketika tinjauan di Bandar Segamat hari ini. — fotoBERNAMA
KLUANG: Seorang ibu tunggal hanya sempat menyelamatkan dokumen penting dan pakaian sekolah baharu empat anaknya apabila air banjir naik mendadak di rumahnya di Jalan Sawi, Yap Tau Sah, di sini Selasa lepas.
Nor Azimah Ibrahim, 39, berkata kejadian pada waktu malam itu berlaku ketika dia baru pulang kerja dan terus menyelamatkan dokumen serta barangan penting.
Nor Azimah berkata dia bagaimanapun gagal menyelamatkan kereta Perodua Kancil miliknya kerana air telah mencecah hingga 0.6 meter.
“Tak sempat nak angkat apa-apa, yang dapat dokumen, baju sekolah. Yang penting sudah beli kelengkapan anak-anak untuk penggal baharu macam beg, kasut… itu yang penting,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Nor Azimah yang mempunyai anak perempuan berusia tujuh, 10, 13 dan 17 tahun berkata dia bersyukur kejadian kali ini tidak seburuk pada 2006.
“Masa tu (banjir 2006), air naik tinggi sampai paras tingkap, tak sempat nak capai apa-apa, jadi kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya yang turut dibantu abangnya dan kakak ipar mengemas rumah.
Sementara itu, Idris Kassim, 52, mengakui air yang meningkat terlalu cepat membuatkan dia dan isteri tidak sempat mencapai apa-apa selain dokumen penting dan buku sekolah anak.
Idris berkata dia bagaimanapun sempat mengalihkan dua motosikal ke tempat tinggi susulan amaran daripada pihak berkuasa.
“Alhamdulillah, tak teruk berbanding dulu tetapi sebab air naik mendadak, (hanya) dapat selamatkan dokumen penting, buku sekolah anak,” katanya yang berkhidmat sebagai posmen.
Setakat 12 tengah hari tadi, seramai 26,633 mangsa banjir telah dipindahkan ke 193 pusat pemindahan sementara dengan Kluang menjadi daerah kedua paling terjejas melibatkan 5,470 mangsa. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager