Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAS RAPID KL BAWA LAPAN PENUMPANG TERBAKAR

DALAM NEGARA

BAS RAPID KL BAWA LAPAN PENUMPANG TERBAKAR

Bas dalam keadaan bergerak ketika itu ada lapan penumpang sebelum seorang daripada mereka menyedari berlaku kebakaran.

PETALING JAYA: Seramai lapan penumpang berdepan detik cemas selepas bas Rapid KL yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Tandang, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.17 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah bas Rapid KL yang terbakar 90 peratus.

“Bas dalam keadaan bergerak ketika itu ada lapan penumpang sebelum seorang daripada mereka menyedari berlaku kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pemandu bas berkenaan sempat memberhentikan kenderaan terbabit di tepi tiang elektrik jalan itu sebelum semua penumpang serta pemandu keluar untuk menyelamatkan diri.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading