Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMBILAN BATU NISAN DICABUT DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DI LABUAN

DALAM NEGARA

SEMBILAN BATU NISAN DICABUT DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DI LABUAN

Ahli jawatankuasa Masjid Nur, Munir Kamari, yang menjaga tanah perkuburan itu berkata beliau kecewa dengan perbuatan vandalisme tersebut dan percaya ia dilakukan secara sengaja.

Sumber Gambar: BERNAMA

LABUAN: Sembilan batu nisan ditemukan dicabut di Tanah Perkuburan Islam Jagus di Saguking, dekat sini.

Ahli jawatankuasa Masjid Nur, Munir Kamari, yang menjaga tanah perkuburan itu berkata beliau kecewa dengan perbuatan vandalisme tersebut dan percaya ia dilakukan secara sengaja.

“Pelaku itu mungkin tidak siuman sehingga sanggup melakukan sedemikian. Jika mereka waras, saya tak rasa mereka sanggup melakukan perbuatan keji itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tanah perkuburan tersebut hari ini.

Katanya penduduk setempat sedih dan marah dengan perbuatan itu yang bukan sahaja tidak mempedulikan kesucian tanah perkuburan, tetapi juga tidak menghormati dan menyakiti hati orang lain.

Ketua Polis Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim mengesahkan anggotanya telah memeriksa kawasan kejadian dan mengumpul maklumat. 

“Kami menggesa mana-mana anggota komuniti untuk membuat laporan polis secara rasmi supaya satu penyiasatan yang menyeluruh boleh dimulakan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading