BAYI MAUT DITINDIH LENGAN BAPA YANG DISERANG SAKIT JANTUNG
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian menyayat hati di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka, pagi tadi.
MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian menyayat hati di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka, pagi tadi.
Nuruleffendy Ibrahim, 35, ditemukan tidak sedarkan diri oleh isterinya Azura Abdul Malik, 40, yang pulang ke rumah kira-kira 9.30 pagi tadi, manakala bayi Muhammad Nur Daniel Nuruleffendy, dilihat berada di bawah lengannya.
Adiknya Masturadiana Ibrahim, 33, berkata semalam arwah mengadu sakit dada namun enggan ke klinik.
“Waktu kejadian, saya berada dalam rumah saya yang berhadapan dengan rumah abang saya dan dalam pukul 9.30 pagi, kakak ipar datang ketuk pintu berkali-kali sambil minta tolong.
“Dia cakap anak dia tak sedarkan diri, dah biru sebab tangan arwah tindih bayi. Saya terus cakap bawa anak dulu ke hospital dan minta yang lain telefon ambulans untuk periksa abang,” katanya ketika ditemui di perkarangan lobi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata Azura terpaksa masuk ke dalam rumah dari belakang apabila pintu hadapan berkunci.
“Kakak ipar baru hari ini kembali bekerja selepas cuti bersalin tiga bulan dan dia ke pejabat sebentar sebelum pulang ke rumah untuk ambil anak bongsu mereka itu ke klinik… Tapi bila pulang, dia tengok bayi dah kena tindih, muka dah biru dan terkulai. Kami bawa ke Hospital Melaka dan pihak hospital cuba selamatkan tapi tak berjaya,” katanya.
Masturadiana berkata arwah abangnya yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik itu mungkin sudah meninggal dua hingga tiga jam sebelum dijumpai isterinya di atas katil dalam keadaan terlentang.
“Sebab kakak ipar keluar awal pagi dalam 6 lebih untuk hantar dua anaknya yang berusia 16 dan 15 ke sekolah.
“Memang terkejut sebab arwah tak ada penyakit.. setakat sakit kaki dan gout sahaja,” katanya.
Sementara itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md Dali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital pada pukul 9.58 pagi.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan seorang lelaki telah meninggal dunia di kampung tersebut, dan bomba pada mulanya diminta menyiasat sekiranya ada kejadian kebocoran gas di lokasi kejadian. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests