Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAYUAN SIS: KEPUTUSAN DITELITI, PASTIKAN KEWIBAWAAN INSTITUSI FATWA TIDAK TERJEJAS

DALAM NEGARA

RAYUAN SIS: KEPUTUSAN DITELITI, PASTIKAN KEWIBAWAAN INSTITUSI FATWA TIDAK TERJEJAS

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kebenaran rayuan SIS Forum (Malaysia) dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar, yang mencabar fatwa dikeluarkan pada 2014 oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam akan diteliti secara menyeluruh. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia bagi memastikan kedudukan dan kewibawaan institusi fatwa tidak terjejas dalam jangka panjang. 

“Saya ingin menegaskan bahawa fatwa tetap memainkan peranan penting dalam membimbing umat Islam dalam isu-isu semasa yang memerlukan panduan syariah.

“Maka itu, kerjasama erat antara institusi kehakiman, perundangan dan pihak berkuasa agama amat penting agar fungsi dan kewibawaan institusi fatwa kekal dihormati dalam kerangka sistem perlembagaan negara kita,” katanya.

Menurut Mohd Na’im, sebagai menteri beliau menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keputusan kehakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebagai institusi kehakiman tertinggi dalam sistem perundangan negara.

Tambahnya Kerajaan MADANI akan memastikan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia dilaksanakan secara adil dan berlandaskan prinsip syura, ilmu serta berpaksikan lunas undang-undang negara.

Pada masa sama, Kerajaan MADANI akan terus mempertahankan kedudukan institusi agama Islam selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading