Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAYUAN SIS HANYA DIBENAR UNTUK PEMAKAIAN FATWA BAGI PERTUBUHAN

DALAM NEGARA

RAYUAN SIS HANYA DIBENAR UNTUK PEMAKAIAN FATWA BAGI PERTUBUHAN

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia) dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar, dalam tindakan mereka yang mencabar fatwa dikeluarkan pada 2014 oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam.

Sidang media oleh pihak SIS Forum (Malaysia) selepas keputusan mahkamah. – Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia) dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar, dalam tindakan mereka yang mencabar fatwa dikeluarkan pada 2014 oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam.

Panel empat hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 3-1 mengetepikan fatwa berkenaan, sejauh mana ia terpakai kepada syarikat dan institusi.

Dalam menyampaikan penghakiman majoriti, Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa ungkapan “menganuti agama Islam” yang dinyatakan dalam Butiran 1, Senarai II, Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, hanya merujuk kepada ‘orang sebenar’ (natural persons) dan bukan kepada entiti ‘buatan/tiruan’ (artificial) seperti sebuah syarikat.

“Kami membenarkan rayuan perayu-perayu (SIS Forum dan Zainah) setakat mana ia berkait dengan pemakaian fatwa tersebut kepada pertubuhan dan institusi, dan setakat mana fatwa tersebut menyentuh agensi dan kuasa agensi Persekutuan,” katanya.

Lain-lain hakim dalam panel itu adalah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Rayuan itu pada mulanya didengar oleh panel lima hakim, namun Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil telah bersara.

Penghakiman hari ini disampaikan mengikut Seksyen 78(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, yang membenarkan hakim yang tinggal untuk menyampaikan penghakiman.

SIS Forum telah berusaha untuk membatalkan fatwa 2014, yang mengisytiharkan organisasi itu menyimpang atas alasan ia didakwa menganut ideologi “liberalisme” dan “pluralisme agama.”

Pertubuhan berkenaan sebelum ini gagal dalam cabaran undang-undangnya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan antara 2019 dan 2023. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading