Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNRWA: SEKTOR KESIHATAN DI GAZA DALAM KEADAAN KRITIKAL

DUNIA

UNRWA: SEKTOR KESIHATAN DI GAZA DALAM KEADAAN KRITIKAL

Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran bahawa sektor kesihatan di Semenanjung Gaza berada dalam keadaan kritikal susulan serangan tentera Israel yang berterusan.

Sumber Gambar: AFP

NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran bahawa sektor kesihatan di Semenanjung Gaza berada dalam keadaan kritikal susulan serangan tentera Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, UNRWA memaklumkan bahawa 45 peratus bekalan perubatan penting telah kehabisan stok dan hampir satu perempat daripada bekalan selebihnya dijangka habis dalam tempoh enam minggu akan datang sekiranya keadaan terus berlarutan.

Agensi itu turut menyatakan bahawa stok ubat-ubatan penting dan produk darah hampir habis manakala keperluan di lapangan kekal mendesak dan terus meningkat.

Sejak 2 Mac, tentera Israel terus menutup semua pintu sempadan Gaza, menghalang kemasukan makanan, bantuan kemanusiaan, bekalan perubatan dan barangan komersial.

Langkah itu menyebabkan krisis kemanusiaan di wilayah berkenaan semakin buruk. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading