BEBERAPA NAMA BESAR POLITIK NEGARA BUAT KEMUNCULAN SEMULA PADA PRU-15
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov ini menjadi ‘gelanggang’ buat beberapa nama besar dalam arena politik negara membuat penampilan semula setelah berehat seketika dalam arena politik.
Calon-calon bagi parlimen P156 Kota Tinggi selepas penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi hari ini. Mereka terdiri (dari kiri) Onn Jaafar (PH), Mohamad Ridhwan Rasman (PN), dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (BN) –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov ini menjadi ‘gelanggang’ buat beberapa nama besar dalam arena politik negara membuat penampilan semula setelah berehat seketika dalam arena politik.
Antara mereka ialah calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertanding di kerusi Parlimen Kota Tinggi.
Naib Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Johor itu akan berdepan saingan tiga penjuru di kerusi terbabit, selepas kalah mengejut di Parlimen Pasir Gudang kepada calon Pakatan Harapan (PH), Hassan Karim pada PRU14 dengan majoriti 24,726 undi selain turut tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.
Seperti Mohamed Khaled, seorang lagi calon BN Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga kembali mencuba nasib di kerusi Parlimen Titiwangsa yang pernah dimenanginya pada PRU13, namun tsunami politik ketika PRU14 menyaksikan beliau tewas kepada calon PH, Datuk Seri Rina Mohd Harun dengan majoriti 4,139 undi.
Pada PRU kali ini, bekas Menteri Kewangan Kedua itu berdepan saingan empat penjuru melawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (GTA-Pejuang), Khalid Abd Samad (PH-Amanah) dan Dr Rosni Adam dari Perikatan Nasional (PN-PAS).
Selain calon BN, turut mencuri tumpuan pada PRU15 ialah taruhan PH di kerusi Parlimen Pandan apabila Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membuat kemunculan semula selepas tidak dapat bertanding di Parlimen sama pada PRU lepas.
Turut membuat kemunculan pada PRU15 ini di kerusi berkenaan ialah bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat yang telah menyertai Warisan, selepas berehat lima tahun dari arena politik negara.
Ong yang juga bekas Menteri Pengangkutan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013, manakala Rafizi pula tidak bertanding pada PRU14 kerana hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Februari 2018, menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadapnya kerana mendedahkan butiran empat akaun bank membabitkan Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Tempat Rafizi kemudian digantikan Pengerusi Penasihat PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding atas tiket PH dan Wan Azizah menang di kerusi Parlimen Pandan dengan majoriti 52,543 undi, dalam persaingan lima penjuru.
Rafizi menjadi Ahli Parlimen Pandan sepenggal bermula 2013 hingga 2018 selepas memenanginya pada PRU13.
Di Parlimen Batu pula, bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua Chang atau Tian Chua mencipta kejutan apabila bertanding atas tiket Bebas dalam saingan 10 penjuru menentang penyandangnya P. Prabakaran (PH-PKR), serta empat lagi calon Bebas yang terdiri daripada Siti Kasim, Zulkifli Fattah, Too Gao Lan dan Nur Fathiah Syazwana @ Cleo.
Calon lain yang turut bertanding ialah Wan Azliana Wan Adnan (GTA-Pejuang), Azhar Yahya (PN-PAS), Naganathan Pillai (Warisan) dan A Kohilan Pillay (BN-MIC).
Chua mula bertanding di Parlimen Batu pada 2004 (PRU11), namun tewas kepada calon Gerakan Ng Lip Yong sebelum kemudiannya berjaya merampas kerusi itu pada 2008 (PRU12) dan mempertahankannya pada 2013 (PRU13).
Chua menyatakan mahu kembali ke kerusi itu demi mengotakan janjinya kepada pengundi selepas hilang kelayakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac 2018 yang mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya atas tuduhan menghina kehormatan seorang anggota polis. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.