Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR KILAT: WANITA ALAMI DETIK CEMAS BERENANG ‘DITEMANI’ ULAR TEDUNG

DALAM NEGARA

BANJIR KILAT: WANITA ALAMI DETIK CEMAS BERENANG ‘DITEMANI’ ULAR TEDUNG

Faridah Amin, 59, berkata dia terpaksa berenang ke tempat lebih tinggi kerana rumahnya dinaiki air dan mengharapkan bantuan orang ramai kerana menggunakan kerusi roda selepas patah kedua-dua belah kaki akibat jatuh motor.

Mangsa banjir, Faridah Amin ditempatkan di PPS Masjid Al-Wusta.

BUKIT GANTANG: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila ‘ditemani’ ular tedung sewaktu berenang menyelamatkan diri dalam kejadian banjir kilat di Kampung Senduk Seberang di sini petang semalam.

Faridah Amin, 59, berkata dia terpaksa berenang ke tempat lebih tinggi kerana rumahnya dinaiki air dan mengharapkan bantuan orang ramai kerana menggunakan kerusi roda selepas patah kedua-dua belah kaki akibat jatuh motor.

“Hujan tidak berhenti selepas Asar, ditambah pula dengan air laut pasang dan sungai bertembung sehingga berlaku banjir. Apabila lihat air semakin tinggi, saya terpaksa merangkak memohon bantuan daripada orang kampung kerana tidak boleh berjalan.

“Saya panik sebab ketika berenang ada ular tedung yang mungkin datang dari kawasan kebun. Saya cepat-cepat berenang ke tempat selamat sebelum diselamatkan jiran berdekatan,” katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Al-Wusta di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa Maimun Abdul Rahman, 53, berkata rumahnya di Kampung Senduk Seberang sering berlaku banjir namun tidak seteruk ini, sehingga mencapai paras dada.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam, sehingga kini tiga daripada tujuh PPS masih dibuka untuk menempatkan 194 mangsa ekoran banjir kilat di sekitar Taiping sejak petang semalam iaitu PPS Masjid Al-Wusta, Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur dan Surau Kampung Perak. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading