Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEDAH SIASAT TIDAK TEMUI KECEDERAAN FIZIKAL PADA MAYAT NIDZA AFHAM

DALAM NEGARA

BEDAH SIASAT TIDAK TEMUI KECEDERAAN FIZIKAL PADA MAYAT NIDZA AFHAM

KUALA LUMPUR: Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Allahyarham Muhammad Nidza Afham tidak menemukan kecederaan fizikal.

Foto ketika anggota polis membawa keluar jenazah penyanyi Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang ditemui meninggal dunia di Sungai Klang selepas dilaporkan hilang ketika keluar beriadah, dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam. — Bernama

KUALA LUMPUR: Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Allahyarham Muhammad Nidza Afham tidak menemukan kecederaan fizikal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan juga berkata hasil bedah siasat juga diputuskan sebagai ‘pending laboratory investigation’ (menunggu laporan lengkap makmal).

“Bedah siasat dijalankan hari ini kira-kira dari jam 11.00 pagi hingga 3 petang tadi.

“Siasatan diteruskan sebagai mati mengejut. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, mayat penyanyi dan Youtubers berusia 23 tahun itu ditemukan di Sungai Klang pada kira-kira 7.30 petang selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu ketika keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman Klang seorang diri. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading