Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKALAN KELAPA DIJANGKA MENCUKUPI UNTUK AIDILFITRI

DALAM NEGARA

BEKALAN KELAPA DIJANGKA MENCUKUPI UNTUK AIDILFITRI

KELAPA BAGAN DATOH, 30 Jun – Bekalan kelapa di pasaran tempatan daripada Bagan Datoh bagi menampung permintaan pengguna sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kali ini dijangka mencukupi. Seorang peraih kelapa dari Bagan Pasir, di sini, Ramli @ Ariffin Alias, 62, berkata bekalan kelapa dari kawasan penanaman utama kelapa negara itu mencukupi untuk kegunaan sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri dengan harga yang menggalakkan, sekalipun bersaing dengan kelapa import dari Indonesia di pasaran tempatan. Katanya sehingga kini beliau membekalkan lebih 100,000 biji kelapa bulat sepanjang bulan puasa dan perayaan ini kepada peruncit dan pemborong dari seluruh negara, terutamanya dari Kuala Lumpur yang datang membeli di kawasan perniagaannya. “Tahun ini pengeluaran kelapa di ladang sangat menggalakkan kerana tidak berdepan penyakit. Namun begitu saya jangkakan akan berlaku lambakan kelapa kerana persaingan kelapa import dari Indonesia yang memenuhi pasaran tempatan menyebabkan perjalanan urus niaga kelapa bulat tempatan agak lembab,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pusat edaran kelapanya di Batu 18, Bagan Pasir dekat sini semalam. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading