Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS PENGERUSI AIRASIA BHD DATUK PAHAMIN RAJAB MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

BEKAS PENGERUSI AIRASIA BHD DATUK PAHAMIN RAJAB MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi dan pengasas bersama AirAsia Bhd Datuk Pahamin A Rajab meninggal dunia akibat serangan jantung di London, United Kingdom, malam tadi.

Datuk Pahamin A Rajab. (Sumber Facebook)

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi dan pengasas bersama AirAsia Bhd Datuk Pahamin A Rajab meninggal dunia akibat serangan jantung di London, United Kingdom, malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan menantunya yang juga pelakon, Azhar Sulaiman menerusi hantaran video di Instagram, awal pagi ini.

Menurut Azhar, Allahyarham Pahamin dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.

“Assalamualaikum semua, saya nak maklumkan my father in-law (bapa mentua) Datuk Pahamin A Rajab just passed away (meninggal dunia). Dia baru sampai London, kena heart attack (serangan jantung) dalam plane (penerbangan). So now my mother in-law and my son Rees (sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya Rees) berada di London.

“Dia pergi ke London untuk menghadiri graduation my son (graduasi anak lelaki saya). All of us (Kita semua)akan pergi ke London on Monday (pada Isnin), marilah kita sama-sama bacakan al-Fatihah untuk my father in-law(bapa mentua saya). Semoga Allah menempatkan arwah bersama dengan orang beriman,” katanya dalam video berkenaan.  

Pahamin, 77,  pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading