Sebahagian daripada para jemaah haji yang tiba disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. — Bernama
SEPANG: Operasi haji tahun ini yang melibatkan kuota penuh 31,600 jemaah haji Malaysia buat pertama kali dalam tempoh empat tahun, berjalan dengan lancar meskipun berdepan beberapa cabaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata antara cabaran yang dihadapi jemaah haji tahun ini ialah keadaan cuaca yang panas menjangkau 38 hingga 48 darjah Celsius, dan jumlah jemaah mencecah hampir dua juta orang mengerjakan haji di Tanah Suci.
Katanya beliau bersyukur apabila kumpulan jemaah haji Malaysia mendapat pengiktirafan oleh Arab Saudi sebagai jemaah haji yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang baik selain berilmu.
“Kerajaan Arab Saudi juga sekali lagi mengiktiraf Tabung Haji (TH) apabila TH menerima Anugerah Labbaitom bagi Kategori Kepuasan Tertinggi Dalam Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pejabat Urusan Haji, yang telah saya terima daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui semasa menyambut kepulangan 350 jemaah haji Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Sabtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tiga, kanan) beramah mesra bersama para jemaah pada Majlis Sambutan Ketibaan Penerbangan Pulang Jemaah Haji Malaysia KT014 ke Tanah Air Bagi Musim Haji 1444H/2023M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal. — Bernama
Kumpulan jemaah haji itu tiba pada pukul 9.55 malam menerusi penerbangan Saudia Airlines SV5610 yang berlepas dari Jeddah pukul 8 pagi (waktu Arab Saudi).
Sementara itu Mohd Na’im berkata 70 pesakit masih dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah dan Hospital Arab Saudi, manakala sembilan orang jemaah haji meninggal dunia di Tanah Suci Makkah setakat hari ini, dan beliau bersama pengurusan kanan TH mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga jemaah haji yang telah meninggal dunia di Tanah Suci Makkah.
Katanya pihak TH akan mengadakan mesyuarat penutupan dengan pelbagai kementerian dan agensi penyedia perkhidmatan haji di Arab Saudi bagi menilai semula tahap perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan pada Musim Haji tahun ini.
Beliau berkata antara isu yang akan dibincangkan ialah masalah berkaitan kemudahan di Mina, selain maklum balas yang diterima daripada jemaah haji, yang akan turut dibawa ke meja perbincangan.
Sementara itu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Azman Mokhtar berkata TH akan terus melakukan penambahbaikan perkhidmatannya secara berterusan untuk memastikan kecemerlangan perkhidmatannya.
Beliau berkata 25 inisiatif telah dapat dilaksanakan TH tahun ini, antaranya inisiatif program pendidikan kesihatan kepada jemaah haji melalui ‘Ziarah Rahmah’, Pusat Rawatan TH di Madinah dan perkhidmatan mesin ATM di penginapan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.
Sebanyak 98 penerbangan menggunakan pesawat Saudia dan AMAL by Malaysia Airlines akan membawa pulang kesemua jemaah haji Malaysia dan petugas-petugas haji secara berperingkat.
Penerbangan terakhir dijangka berlepas pada 31 Julai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdul Aziz di Madinah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.