GEMPITA alam siber, kecoh media massa. Bertubi-tubi rakyat digegarkan dengan berita sensasi akibat tindakan beberapa orang pemimpin politik.
Isu panas yang menyelubungi cuaca politik tanpa dirancang telah menimbulkan polimik yang berpanjangan.
Rakyat turut terjebak dengan isu ciptaan
orang-orang yang berfikiran implisit. Emosi dan minda penyokong telah dirobek-robek
dengan rakus agar mempercayai satu pihak dan membenci pesaingnya. Dalam sekelip
mata, bara yang baru menyala telah menjadi api yang marak.
Pelbagai pihak berasa mereka berhak untuk masuk
campur secara membabi buta dalam memberikan hujah dan alasan yang kadang kala separuh
masak.
Dalil dan nas akademik, agama dan profesional digunakan
secara menggila dan bersilih ganti bagi mempertahankan pembohongan dan
penipuan.
Malahan golongan profesional, akademik dan spiritual turut luntur integriti akibat ketaksuban membela kumpulan yang dianggap lebih utama dari menyatakan kebenaran.
Sama ada maklumat yang dikupas betul atau salah,
tepat atau tersasar, dan halal atau haram bukan lagi menjadi perhitungan waras.
Inilah budaya dunia siasah Malaysia yang sedang berkembang pesat mengatasi pembangunan ekonomi, pendidikan, dan akhlak.
Apabila manusia berbohong dengan alasan bahawa pembohongannya untuk menjaga kemaslahatan.
Apabila ada pemimpin terperangkap dengan janji
bulan dan bintang, ia dipertahankan dengan kewajaran-kewajaran yang merendahkan
daya intelek dan moral.
Dan, apabila sesetengah orang telah dihukum oleh rakyat kerana pelbagai skandal, namun ia tetap dibela, kononnya mahkamah belum membuat pengadilan. Mengapa sikap Congnitive Dissonance sangat menebal dalam kalangan manusia ‘bertamadun’?
Apakah dalam soal berbohong dan menipu mesti
mahkamah yang memutuskan kesahihannya? Adakah janji-janji manis yang ditanam di
tepi bibir bukan satu bentuk manipulasi dan eksploitasi? Apakah ada hujah agama
yang menghalalkan sikap putar belit?
Secara umum, perbuatan menipu dikaitkan dengan sikap atau tindakan
seseorang yang melanggar peraturan secara curang. Ia bertujuan untuk mendapatkan
keuntungan dengan menggunakan muslihat yang halus, licin dan menyesatkan.
Sementara berbohong pula adalah tindakan memberikan maklumat palsu
secara sengaja agar ia diyakini atau dipercayai untuk menutup kelemahan hujah
dan alasan yang diberi.
Dari sudut moral, seseorang yang menggunakan
fakta tidak betul dalam janjinya kerana mencari sokongan, bolehkah ia disimpulkan
tidak melakukan pembohongan atau penipuan?
Bagaimana pula dengan seseorang yang
memberikan fakta sahih dan tepat untuk mendapatkan sokongan, tetapi sebenarnya
ia tidak berniat untuk melaksanakan janjinya, apa pula status orang seperti
ini?
Apakah gelaran yang layak bagi orang yang
melunakkan hujahnya dengan pseudo-fakta agar ia dipercayai, tetapi ia tidak
bermaksud untuk melakukan kecurangan?
Sementara itu di luar skop politik, ramai
penceramah motivasi, orang-orang agama, ketua-ketua agensi, dan orang yang
berpengaruh tanpa usul periksa dan segan silu sering memberikan kenyataan yang
tidak tepat, betul dan sah dengan tujuan untuk merangsang seseorang secara
positif. Adakah mereka tidak dianggap menipu atau berbohong?
Aneh tetapi benar, kajian yang dilakukan di
Amerika Syarikat dan England mendapati bahawa secara purata rakyat di kedua-dua
buah negara ini berbohong atau menipu antara dua (2) hingga enam (6) kali dalam
sehari! Apakah kepincangan seperti ini tidak berlaku di Malaysia?
Amat menggerunkan apabila hampir 61 peratus
pelajar di institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat didapati menipu dalam
peperiksanaan dan tugasan.
Manakala hampir 85 peratus pemohon kerja
menipu atau berbohong mengenai pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki.
Adakah penipuan dan pembohongan sudah menjadi
budaya masyarakat moden yang mengaku bertamadun?
Persoalan mudah tetapi sukar untuk mendapatkan
jawapan yang memuaskan kenapa seseorang berbohong atau menipu?
Ahli agama mengatakan orang seperti ini mempunyai
iman yang lemah. Manakala ahli psikologi berpendapat, emosi orang ini kurang stabil.
Sementara ahli sosiologi pula beranggapan ia
adalah kesan dari keinginan untuk mengatasi pihak lain? Hujah siapakah yang
betul dan boleh diyakini?
Selama seribu empat ratus tahun agama Islam
mendidik umatnya agar tidak berbohong dan menipu.
Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengupas perkara
ini agar boleh dijadikan panduan. Namun, harapan umat Islam tersasar apabila
orang yang berpengaruh, berkuasa dan bijak pandai gagal mempamerkan pemikiran,
sikap dan tindakan yang jujur, bersih dan berwibawa.
Adakah ini bentuk umat Islam Malaysia yang perlu diketengahkan untuk dijadikan suri teladan kepada generasi pelapis?
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.