Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEREBUT KEKASIH PUNCA DUA PELAJAR BERTUMBUK DI KOTA BHARU

DALAM NEGARA

BEREBUT KEKASIH PUNCA DUA PELAJAR BERTUMBUK DI KOTA BHARU

Polis percaya kejadian dua remaja bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor, Kota Bharu, pada 7 Sept lalu, berpunca akibat berebut kekasih.

KOTA BHARU: Polis percaya kejadian dua remaja bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor, di sini pada 7 Sept lalu, berpunca akibat berebut kekasih.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini polis telah memanggil lima pelajar berusia antara 14 hingga 15 tahun yang juga saksi kejadian untuk memberi kenyataan.

“Kita percaya ia disebabkan cinta dalam kalangan pelajar yang menyebabkan cemburu.

“Hasil laporan polis dan tular video kejadian, polis membuat siasatan termasuk mengambil keterangan lima saksi dan berjaya mengenal pasti dua remaja dalam kes itu yang berusia 14 tahun dan 15 tahun,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhammad Zaki berkata, sebelum kejadian suspek telah berjanji hendak berjumpa di suatu tempat untuk beradu kekuatan dan rakan-rakan yang tahu turut hadir menjadi penonton.

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan dua remaja bergaduh yang disaksikan beberapa remaja yang lain.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading