KERAJAAN NEGERI FOKUS BERI INFORMASI PENJAGAAN MAKANAN, PERGIGIAN KEPADA ORANG ASLI
Kerajaan Negeri Kelantan memberikan tumpuan terhadap pemakluman informasi kesihatan kepada masyarakat Orang Asli dari semasa ke semasa dalam usaha melahirkan penduduk yang mengamalkan budaya hidup sihat termasuk penjagaan makanan dan kesihatan pergigian.
KUALA KRAI: Kerajaan Negeri Kelantan memberikan tumpuan terhadap pemakluman informasi kesihatan kepada masyarakat Orang Asli dari semasa ke semasa dalam usaha melahirkan penduduk yang mengamalkan budaya hidup sihat termasuk penjagaan makanan dan kesihatan pergigian.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Hilmi Abdullah berkata antara program yang diatur ke arah usaha itu ialah Program Jelajah Agenda Nasional (ANMS) ke Pos Gob, Gua Musang yang menjadi platform bagi menjayakan agenda Malaysia Sihat 2030.
“Informasi mengenai penjagaan makanan dan kesihatan pergigian penting memandangkan Orang Asli kebanyakannya mengalami kekurangan nutrisi serta mudah dijangkiti penyakit terutama melibatkan bawaan vektor seperti tikus dan lalat.
“Sebagai usaha membantu golongan ini dari segi kesihatan, pemeriksaan dan pemberian ubat-ubatan turut dilakukan melalui lawatan secara berperingkat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Majlis Pelepasan Peserta Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Penubuhan MyCHAMPION Dalam Kalangan Orang Asli Pos Gob di Dataran Cintawangsa Kuala Krai di sini hari ini.
Hilmi berkata program ANMS itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya sihat dalam kalangan Orang Asli.
Menurutnya, program itu juga turut menubuhkan MyCHAMPION dalam kalangan masyarakat Orang Asli Pos Gob sebagai ejen kesihatan untuk menyebarkan maklumat kepada komuniti setempat berkaitan isu-isu kesihatan dan sosial.
“MyCHAMPION ialah satu program untuk kita lantik duta (sukarelawan) Orang Asli supaya mereka cakna terhadap keperluan menjaga kesihatan.
“Kita mahu melahirkan rakyat hidup sihat pada 2030 selari dengan agenda kerajaan Persekutuan iaitu Malaysia Sihat 2030,” katanya.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked