HDC SEDIA DAN KOMITED BEKERJASAMA REALISASI USAHA SINERGI PENSIJILAN HALAL
Halal Development Corporation Bhd (HDC) bersedia dan komited untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam merealisasikan usaha sinergi pensijilan halal dan promosi perdagangan yang lebih mampan dan menyeluruh.
KUALA LUMPUR: Halal Development Corporation Bhd (HDC) bersedia dan komited untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam merealisasikan usaha sinergi pensijilan halal dan promosi perdagangan yang lebih mampan dan menyeluruh.
Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun yakin sinergi yang lebih menyeluruh di antara agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam industri halal ini dapat melahirkan hasil yang boleh menjamin kedudukan Malaysia untuk mengungguli pensijilan halal global di posisi nombor satu.
“Kita mahu mengekalkan kedudukan tersebut dan sinergi itu sangat diperlukan. Banyak peluang yang kita mahu pelopori dan kita perlu cari penyelesaian supaya budaya bekerja secara silo itu dapat kita ketepikan.
“Kita perlu kembali bersama untuk pastikan objektif Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030 ini akan dapat kita capai bersama menjelang tahun 2030,” katanya kepada Bernama di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua jabatan dan agensi berkaitan akan diselaras di bawah satu jawatankuasa Kabinet yang akan diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memperkasa aspek pensijilan dan industri halal negara ke peringkat lebih kompetitif.
Selain itu, Khairul juga berkata HDC akan mencari idea-idea baharu yang melibatkan teknologi dan inovasi bagi memudahkan pengurusan proses pensijilan halal.
Katanya pihak HDC yang diberi mandat untuk meningkatkan nilai eksport halal Malaysia yakin dapat mencapai sasaran sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 atau melebihi jumlah yang disasarkan itu.
Beliau juga berkata HDC mampu menawarkan perkhidmatan pensijilan bukan sahaja kepada syarikat Malaysia tetapi meluaskannya kepada syarikat asing untuk diperakui bagi mengekalkan integriti proses halal dari ladang ke hidangan dan meningkatkan bilangan syarikat pensijilan halal global yang mematuhi piawaian Malaysia.
Agensi itu juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum kerjasama (MoC) dengan beberapa pihak berkepentingan dalam industri halal untuk memperluas ekosistem halal melalui bidang kerjasama dalam skop HIMP 2030.
HDC menandatangani MoU dengan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC Perak) untuk membantu membangunkan Taman Perindustrian Halal Perak menjadi infrastruktur bersepadu yang berkualiti tinggi berdasarkan garis panduan pembangunan taman perindustrian halal HDC.
“Inisiatif ini akan selaras dengan usaha negara bagi meningkatkan nilai pelaburan dalam ekonomi halal,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, HDC juga bekerjasama dengan SME Bank untuk mewujudkan inisiatif pembinaan kapasiti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi keusahawanan dan pensijilan halal serta meneroka peluang untuk pasaran eksport dan pengantarabangsaan bagi PKS.
HDC juga turut menandatangani MoC dengan Felcra Education Services Sdn Bhd untuk menjalin perkongsian dalam menyediakan perkhidmatan bagi pembelajaran dan pengajaran, latihan dan kemahiran, perkongsian kepakaran, kemudahan, maklumat dan bengkel.
Kerjasama itu juga akan meliputi mana-mana projek lain yang akan dikenal pasti dan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak, termasuk memperkasakan bidang halal dalam bentuk akademik dan bukan akademik sehingga ke peringkat global.
Majlis pertukaran MoU dan MoC itu disaksikan oleh Ahmad Zahid di MIHAS 2023. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked