Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BIADAP! TENTERA ISRAEL BERSORAK KEGEMBIRAAN SELEPAS BOM SEKOLAH DI UTARA GAZA

DUNIA

BIADAP! TENTERA ISRAEL BERSORAK KEGEMBIRAAN SELEPAS BOM SEKOLAH DI UTARA GAZA

Zionis mengebom sebuah sekolah milik Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Beit Hanoun sambil merakam detik yang kononnya dianggap bersejarah buat  zionis.

BEIT HANOUN: Masuk hari ke 68 perang di Gaza, Israel mengebom lebih banyak sasaran di Semenanjung Gaza.

Tanpa menghiraukan Undang-undang Antarabangsa, zionis semalam  bertindak mengebom sebuah sekolah milik Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Beit Hanoun sambil merakam detik yang kononnya dianggap bersejarah buat  zionis.

Kehancuran sekolah itu diiringi dengan sorakan serta tepukan tentera Israel yang terlibat dalam pengeboman sekolah terbabit.

Ini bukan kali pertama sekolah UNRWA menjadi sasaran, malah Sekolah di Beit Lahia yang menjadi tempat perlindungan orang awam, turut menerima nasib sama baru-baru ini.

Situasi di Utara Gaza bertambah tragis meskipun tumpuan sasaran kini beralih kepada pengeboman di Selatan Gaza.

Kem pelarian Jabalia yang kerap menjadi sasaran sejak perang tercetus, kini berubah menjadi bandar hantu.

Pasar yang dahulunya menjadi tumpuan penduduk untuk membeli barang keperluan bertukar menjadi kubur besar kerana ramai yang tertimbus di bawah runtuhan.

Sebagai tanda peringatan, penduduk menulis nama kaum keluarga mereka di atas serpihan batu dan sisa runtuhan.

Menurut salah seorang penduduk,  pasar berkenaan adalah pasar terbesar di Utara Gaza, dan kemusnahan itu satu kehilangan besar buat mereka, katanya.

“Walaupun barang mahal, namun permintaan masih tinggi di pasaran. Ada kedai pakaian, makanan dan minuman di sini, tetapi sekarang semua sudah hilang, tiada lagi pusat komersial di sini”.           

 UNRWA dalam pada itu menyifatkan, Gaza menjadi lokasi paling bahaya di dunia ekoran krisis kemanusiaan di wilayah itu yang semakin kritikal.

Angka korban di Gaza mencecah 18, 412 orang, manakala 8,000 lagi dipercayai masih tertimbus – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading