BUDI MADANI TIADA TARIKH TUTUP, INDIVIDU LAYAK DIGESA KEMUKA PERMOHONAN – AMIR HAMZAH
Inisiatif BUDI MADANI dilaksana sebagai langkah untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengurangkan beban golongan yang memerlukan.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bercakap pada sidang media di Kementerian Kewangan hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata inisiatif BUDI MADANI dilaksana sebagai langkah untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengurangkan beban golongan yang memerlukan.
Katanya seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan BUDI MADANI yang pertama bermula esok.
“Saya ingin tegaskan, bantuan ini tidak ada tarikh tutup. Oleh itu, saya menyeru kepada mereka yang sememangnya berkelayakan sama ada bagi BUDI Individu atau BUDI Agri-Komoditi untuk memohon bantuan ini.
“Semakan dan rayuan boleh juga dilakukan di laman web yang sama,” katanya dalam sidang media penyasaran subsidi diesel di sini hari ini.
Amir Hamzah berkata individu yang memohon BUDI MADANI pada Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan tersebut dan seterusnya, manakala bagi mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan ini, akan layak menerima bantuan pada bulan seterusnya.
“Bantuan tiap bulan akan dapat dan lagi cepat mereka mohon, Insya-Allah lagi cepat mereka dapat,” katanya.
Ditanya sama ada bantuan RM200 menerusi inisiatif BUDI MADANI ini mencukupi, Amir Hamzah berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan (DOSM), jumlah bantuan itu mampu menampung penggunaan diesel bagi individu.
“… dengan RM200 ia dapat tampung 80 peratus kegunaan individu berdasarkan data (kerana) diesel mileage lebih sikit iaitu antara 75 hingga 100 kilometer sehari, itu cukup.
“Kalau ada isu atau rayuan atau apa mereka boleh buat dan kita kena lihat dari segi kemampuan dan permohonan itu,” katanya.
Di bawah BUDI MADANI, bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
MOF membuka pendaftaran BUDI MADANI mulai 28 Mei lepas susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Hari ini, Amir Hamzah mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests