Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENYASARAN SUBSIDI DIESEL PERLU UNTUK SELAMATKAN NEGARA – PM ANWAR

DALAM NEGARA

PENYASARAN SUBSIDI DIESEL PERLU UNTUK SELAMATKAN NEGARA – PM ANWAR

Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel adalah perlu untuk menyelamatkan negara.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel adalah perlu untuk menyelamatkan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada  Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata tindakan perlu diambil walaupun kerajaan sedar ia merupakan langkah yang tidak popular.

“Siapa mahu penyasaran subsidi ini? Kena tahu juga apapun kita lakukan kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan.

“Padahal kita beritahu penyasaran subsidi ini semua perdana menteri sebelum itu telah setuju cuma tidak ada tekad politik melaksanakan kerana risikonya ada, tapi untuk selamatkan negara, kita tidak ada pilihan,” katanya.

Semalam kerajaan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung  ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam tadi.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika mengumumkan perkara itu berkata ia adalah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Automatic Pricing Mechanism. 

Beliau berkata dengan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar, ia dapat memberikan penjimatan RM4 bilion setahun, di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.

Bagaimanapun penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading