TH PANTAU OPERASI 25 SYARIKAT PJH, PASTIKAN KHIDMAT TERBAIK UNTUK JEMAAH
Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memantau operasi 25 syarikat pelancongan yang diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk memastikan kesemua syarikat berkenaan memberi khidmat terbaik kepada jemaah haji.
MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memantau operasi 25 syarikat pelancongan yang diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk memastikan kesemua syarikat berkenaan memberi khidmat terbaik kepada jemaah haji.
Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH) Anuar Ahmad berkata pemantauan dilakukan bermula dari tanah air hingga Tanah Suci termasuk penyelarasan penerbangan dengan pesawat sewa khas, penginapan di Madinah dan Makkah sehingga penempatan di khemah-khemah di Masyair.
“Kita di bahagian operasi PJH ini perlu pastikan setiap ringgit yang dikeluarkan oleh jemaah ini benar-benar setimpal dengan wang yang mereka laburkan dan bayar kepada PJH ini.
“Ini peranan utama bahagian operasi PJH dari segi pelarasan dan pemantauan bagi memastikan semua jemaah haji Malaysia dapat memberi perkhidmatan terbaik tidak kira sama ada mereka menunaikan haji menerusi TH atau PJH,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di sini baru-baru ini.
Beliau berkata sebelum diberikan lesen PJH, kesemua 25 syarikat terlibat perlu melalui tapisan ketat selain harus memenuhi syarat ditetapkan seperti mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan berpengalaman dalam pengurusan umrah sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.
Syarat ketat itu dikenakan bagi memastikan hanya syarikat pelancongan tempatan yang berwibawa serta memiliki kapasiti teguh diberikan lesen berkenaan sekali gus untuk mengelakkan berlakunya penipuan pakej haji.
Pada tahun ini katanya, sebanyak 26 peratus daripada 31,600 jemaah haji memilih untuk menunaikan rukun Islam kelima itu menerusi PJH terdiri daripada mereka yang mempunyai kewangan kukuh.
Ini memandangkan setiap pakej ditawarkan oleh PJH kebiasannya bermula daripada harga RM50,00 hingga RM200,000 bergantung kepada kelas penerbangan, jarak antara penginapan dengan masjid serta penyediaan makanan.
Sementara itu, Anuar berkata sangkaan sesetengah pihak bahawa bakal jemaah haji menggunakan khidmat PJH ini memotong giliran adalah tidak tepat kerana kesemua jemaah itu adalah dalam senarai 31,600 jemaah yang mendapat surat tawaran daripada TH.
“Semasa surat tawaran dikeluarkan semua jemaah boleh memilih sama ada hendak pergi menerusi pakej ditawarkan, TH, atau TH Travel & Services Sdn Bhd atapun PJH,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.