Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUKAN KAPAL, KRU MALAYSIA

DALAM NEGARA

BUKAN KAPAL, KRU MALAYSIA

KUANTAN: Kapal tangki yang ditahan dan dirampas Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) kerana disyaki menyeludup minyak disahkan bukan milik Malaysia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pejabat Kedutaan Malaysia di Tehran dan Kementerian Luar Iran turut mengesahkan 16 kru kapal yang ditahan juga bukan rakyat negara ini.

Menurutnya, Wisma Putra sudah menghubungi Kedutaan Malaysia di Iran dan Kementerian Luar Iran bagi mengesahkan perkara itu.

“Kapal dan kru dari negara mana, biarlah pihak sana yang dedahkan,” katanya pada sidang akhbat selepas mengadakan lawatan ke Tapak Projek Perumahan Rakyat di Chendor yang terbengkalai hari ini.

Saifuddin berkata, pengesahan itu bukan sahaja melegakan kerajaan malah rakyat di negara ini yang menanti untuk mengetahui nasib kru kapal yang sebelum ini dikatakan warga Malaysia.

Kapal berkenaan sebelum ini ditahan di kawasan 15 batu nautika dari Abu Musa, salah satu daripada tiga kepulauan di Teluk Arab yang berada di bawah kawalan Teheran.

Berdasarkan laman web stesen TV, IRIB yang sebelum ini melaporkan rampasan itu melibatkan sebanyak 1.3 juta liter minyak dari sebuah kapal yang tidak dinamakan. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading