MASZLEE MALIK LETAK JAWATAN

Last Updated on

9

KUALA LUMPUR: Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa esok.

Beliau mengumumkan keputusannya meletak jawatan itu pada sidang media jam 4.30 petang di pejabatnya di Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Maszlee, 45, yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, meluangkan sebahagian besar masanya pagi ini meninjau keadaan hari pertama sesi persekolahan tahun ini di ibu negara.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Putrajaya mengesahkan menerima peletakan jawatan Maszlee berkuat kuasa esok.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan sedikit masa lagi,” kata Perdana Menteri. — AlHijrah Online

Leave a Reply