CADANGAN GANTUNG KEANGGOTAAN ISRAEL BUKTI KETEGASAN MALAYSIA DI PENTAS ANTARABANGSA
KUALA LUMPUR: Tindakan Malaysia untuk membawa draf resolusi bagi menggantung keanggotaan Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan langkah yang mencerminkan keprihatinan terhadap isu Palestin.
KUALA LUMPUR: Tindakan Malaysia untuk membawa draf resolusi bagi menggantung keanggotaan Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan langkah yang mencerminkan keprihatinan terhadap isu Palestin.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr Mohamad Azam Mohamed Adil berkata ia juga menunjukkan keseriusan Malaysia dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak asasi manusia di pentas antarabangsa.
“Ketegasan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam isu ini menggariskan prinsip moral dan tanggungjawab sejagat Malaysia yang selaras dengan falsafah Malaysia MADANI di mana aspek kemanusiaan dan keadilan sosial menjadi tunjang.
“Keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel yang menyebabkan lebih daripada 43,000 nyawa rakyat Palestin terkorban yang rata-ratanya wanita dan kanak-kanak serta lebih 100,000 yang cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pembunuhan beramai-ramai di Palestin tidak boleh lagi diabaikan oleh masyarakat antarabangsa malah Israel semakin mengganas dengan turut menyerang kawasan selatan Lubnan, menambah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di rantau tersebut.
Keputusan Knesset Israel pada 28 Oktober 2024 untuk melarang operasi Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memperlihatkan sikap kedegilan Israel yang semakin melampaui batas dalam menafikan hak asasi rakyat Palestin, serta menjauhkan lagi penyelesaian damai yang saksama.
“Malaysia berusaha membawa draf resolusi ini di Perhimpunan Agung PBB untuk memastikan hak-hak rakyat Palestin terus terbela, di samping menyokong peranan UNRWA sebagai talian hayat bagi enam juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan, dan Syria.
“Bantuan asas seperti pendidikan dan kesihatan yang disediakan oleh UNRWA amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat Palestin terpelihara walaupun dalam keadaan serba kekurangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Azam berkata mengikut Piagam PBB terdapat dua Artikel yang memberi kuasa untuk badan tertinggi dunia ini menggantung atau mengusir negara yang melanggar prinsip pertubuhan tersebut secara berterusan.
Artikel 5 membenarkan penggantungan, manakala Artikel 6 memberi laluan kepada pengusiran sekiranya terdapat pelanggaran besar terhadap prinsip-prinsip PBB.
Israel telah beberapa kali didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan Malaysia amat berharap negara haram itu dipertanggungjawabkan dan tindakan yang lebih tegas dapat diambil.
“Langkah Malaysia ini adalah selari dengan falsafah Malaysia MADANI yang mengutamakan prinsip kemanusiaan dan keadilan sosial dalam mewujudkan masyarakat global yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keadilan sejagat.
“Di samping itu, ia juga merupakan contoh keberanian moral Malaysia untuk menegakkan demokrasi dan amanah antarabangsa yang lebih adil dan saksama,” katanya.
Sebelum ini, Malaysia sendiri telah menunjukkan contoh kepada dunia dengan mengharamkan kapal-kapal milik syarikat perkapalan Israel iaitu ZIM Shipping daripada berlabuh di pelabuhan Malaysia.
Tindakan itu membawa mesej kepada dunia bahawa Malaysia serius dalam hal berkaitan konflik Palestin-Israel. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked