Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata lelaki berusia 32 tahun yang turut cedera dalam kejadian itu selepas mengelar dan menikam dirinya sendiri kini dalam keadaan stabil.
GEORGE TOWN: Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam di sini semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata lelaki berusia 32 tahun yang turut cedera dalam kejadian itu selepas mengelar dan menikam dirinya sendiri kini dalam keadaan stabil.
“Pihak polis mendapat perintah reman ke atas lelaki itu bermula hari ini hingga 14 Nov bagi membantu siasatan, suspek dalam keadaan stabil dan sekarang ini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Dakwaan berita yang lelaki itu telah meninggal dunia adalah palsu dan polis juga sedang menunggu ujian darah suspek bagi mengetahui sama ada dia positif dadah atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, bapa dan anak perempuannya masing-masing berusia 62 tahun dan 30 tahun maut dipercayai ditikam oleh seorang lelaki.
Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 12.54 tengah hari mengenai seorang individu dilihat membawa pisau dalam keadaan mencurigakan di pangsapuri itu.
Polis kemudian terus ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di hadapan lobi lif pangsapuri berkenaan, tiga orang yang kesemuanya warga tempatan ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HPP berkata suspek ialah saudara jauh kepada mangsa dan sering datang ke rumah keluarga mereka.
“Suspek ada ‘bau-bau bacang’ dengan mangsa dan ayahnya. Dia dipercayai menaruh perasaan kepada mangsa dan suspek juga dikatakan tahu rutin harian anak sedara saya ( mangsa wanita),” katanya.
Dalam pada itu, proses bedah siasat mangsa wanita telah selesai manakala proses bedah siasat bapanya belum dijalankan.
Jenazah kedua-dua beranak itu akan disolatkan di Masjid Tuan Guru di Tanjong Tokong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong dijangka pada petang ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests