CALON, PEMIMPIN, PETUGAS PARTI POLITIK DILARANG AMBIL ALIH JADI IMAM, KHATIB
Calon, pemimpin parti politik dan petugas parti politik dilarang mengambil alih menjadi imam dan khatib daripada pegawai masjid sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
IPOH: Calon, pemimpin parti politik dan petugas parti politik dilarang mengambil alih menjadi imam dan khatib daripada pegawai masjid sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Itu antara arahan berhubung peraturan dan panduan mengenai program dan aktiviti di masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bermula solat Maghrib Jumaat ini sehingga solat Subuh 20 Nov depan.
Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim dalam satu pekeliling hari ini berkata penetapan itu bagi menjunjung titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk memastikan kesucian agama Islam dipelihara dan memastikan institusi agama Islam dilindungi daripada dicemari oleh kegiatan politik kepartian.
“Khutbah Jumaat yang bukan dikeluarkan oleh JAIPk juga dilarang selain mengadakan ceramah, ucapan, pengumuman dan lawatan yang ada elemen berkempen.
“Mengumumkan bantuan, penyerahan sumbangan dan tajaan jamuan atas nama calon dan parti politik serta mengadakan acara perasmian atau pecah tanah pembinaan masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama turut dilarang,” katanya.
Beliau berkata selain itu, turut dilarang adalah pemasangan lambang dan bendera parti serta poster calon dalam bangunan dan perkarangan masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama serta mengedarkan risalah kempen dan manifesto.
Dalam pada itu, beliau berkata JAIPk menangguhkan program tazkirah dan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah luar atau penceramah yang aktif bekerja dan berkempen untuk calon atau mana-mana parti politik.
Katanya khutbah Jumaat yang disampaikan hanya dibenarkan oleh pegawai masjid atau surau diri Jumaat yang berkaitan jika tidak menjadi calon atau pekerja parti, manakala calon yang mahu berjemaah di masjid atau surau dibenarkan tetapi hanya sebagai makmum.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager