INSTITUSI HAL EHWAL ISLAM PERLU BINA JARINGAN KOMUNIKASI DENGAN SEMUA AGENSI – KSN
Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pengurusan hal ehwal Islam berbeza dengan pengurusan biasa kerana peranannya bukan sekadar pentadbiran dan pengurusan malah menjadi sumber rujukan serta panduan dalam bidang keagamaan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali beramah mesra bersama peserta Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam 2022 selepas merasmikan konvensyen itu di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff (kiri). –fotoBERNAMA
BANGI: Institusi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri perlu membina jaringan komunikasi, keterlibatan dan persefahaman dalam semua aspek dengan semua agensi bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pengurusan hal ehwal Islam negara yang bersepadu.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pengurusan hal ehwal Islam berbeza dengan pengurusan biasa kerana peranannya bukan sekadar pentadbiran dan pengurusan malah menjadi sumber rujukan serta panduan dalam bidang keagamaan.
“Oleh itu, pengurusan hal ehwal Islam perlu bersifat inklusif dalam semua sudut dan tidak eksklusif kepada beberapa aspek atau kumpulan tertentu sahaja.
“Sebarang tindakan sesama agamawan dan agensi agama tidak boleh silo tetapi mestilah mengambil kira kemaslahatan pelbagai pihak,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia 2022 di sini hari ini.
Mohd Zuki berkata para pentadbir agama juga perlu terlibat secara aktif dan kelihatan menonjol dalam pelbagai perkara berkaitan pengurusan pentadbiran dan pengurusan masyarakat bagi menyuarakan idea-idea baharu berasaskan pendekatan Maqasid Syariah.
“Sebagai pentadbir hal ehwal agama, keperluan ruang solat yang sesuai dengan kemudahan berkaitan adalah input penting yang perlu dikemukakan oleh pengurusan hal ehwal Islam dalam mana-mana projek pembangunan kepada kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Zuki berpandangan pendigitalan perkhidmatan dalam pentadbiran hal ehwal agama hendaklah diangkat keutamaannya dengan lebih tinggi di samping memastikan pengurusan agensi agama tidak ketinggalan.
“Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) sudah tiba dan sedang menjadi kenyataan. Kemunculan teknologi baharu seperti automasi, robotik, Kecerdasan Buatan (Al), Mesin ke Mesin (M2M) dan Internet Benda (loT) telah mengubah cara dunia beroperasi.
“Walaupun pengurusan hal ehwal Islam adalah merupakan bidang kuasa negeri namun alangkah moleknya jika dapat diusahakan penyelarasan dan penyeragaman kerana keberhasilannya akan menampilkan keindahan Islam itu sendiri,” katanya.
Beliau turut mengingatkan semua agensi agama Persekutuan dan negeri supaya melaksanakan dan mengamalkan pelbagai inisiatif yang dirangka kerajaan berhubung aspek pengukuhan integriti.
Kaedah yang telus dan bebas isu integriti seperti pemindahan tanpa tunai dan lain-lain transaksi kewangan merupakan antara kaedah pengurusan inovatif yang dapat meminimumkan salah laku dan isu integriti yang melibatkan wang tunai. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked