CHINA KECAM VETO AS KE ATAS DRAF RESOLUSI MAJLIS KESELAMATAN PBB MENGENAI GAZA
“AS sekali lagi menyalahgunakan kuasa vetonya, memadamkan harapan rakyat Gaza dan terus meninggalkan lebih dua juta orang dalam kegelapan. Mereka mesti menghadapi persoalan daripada masyarakat antarabangsa.”
China amat kecewa terhadap keputusan undian pada Rabu itu. (Sumber gambar X @ChinaAmbUN)
NEW YORK: Seorang utusan China pada Rabu mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza dan penamatan sekatan bantuan kemanusiaan, lapor Xinhua.
China amat kecewa terhadap keputusan undian pada Rabu itu, kata Fu Cong, wakil tetap China ke PBB.
Draf resolusi itu mencerminkan tuntutan mendesak rakyat Gaza dan suara masyarakat antarabangsa, katanya.
“AS sekali lagi menyalahgunakan kuasa vetonya, memadamkan harapan rakyat Gaza dan terus meninggalkan lebih dua juta orang dalam kegelapan. Mereka mesti menghadapi persoalan daripada masyarakat antarabangsa,” katanya.
Sebagai badan utama yang memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa, Majlis Keselamatan berusaha mencapai konsensus untuk menghentikan pertempuran di Gaza, tegas Fu.
Beliau berkata, keputusan undian itu sekali lagi mendedahkan punca utama kegagalan majlis meredakan konflik di Gaza hasil halangan berulang kali oleh AS.
Washington beberapa kali menggunakan veto bagi menggagalkan desakan gencatan senjata di Gaza oleh Majlis Keselamatan.
Perlindungan yang diberi kepada Israel juga telah menghalang pelaksanaan beberapa resolusi berkenaan Gaza, katanya.
AS mendakwa tindakan Majlis Keselamatan ketika ini akan mengganggu usaha diplomasi, tetapi dakwaan itu tidak berasas sama sekali, kata Fu.
“Jika usaha diplomasi benar-benar untuk damai, maka tindakan majlis hanya akan memberikan sokongan kukuh,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa tidak akan berhenti memperjuangkan keadilan, menegakkan kedaulatan undang-undang antarabangsa dan memelihara kewibawaan Majlis Keselamatan.
Veto oleh seorang ahli tetap tidak akan mampu menghalang langkah ke arah keamanan, katanya.
“Kami mendesak AS untuk memikul tanggungjawab sebagai ahli tetap Majlis Keselamatan, meninggalkan percaturan politik, dan bersikap adil serta bertanggungjawab dalam menyokong majlis mengambil semua tindakan perlu,” katanya.
Sejak konflik meletus, dunia telah menyaksikan penyalahgunaan bantuan kemanusiaan, serangan ke atas infrastruktur awam, serta pembunuhan wartawan dan petugas kemanusiaan, kata Fu.
Tindakan Israel kini melangkaui semua sempadan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan jelas melanggar resolusi Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung PBB, serta langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), katanya.
Mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah kewajipan dan sebarang sikap pilih kasih hanya akan melemahkan asas undang-undang antarabangsa dan perlu ditolak dengan tegas, katanya.
China, kata Fu, bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan konflik di Gaza, meredakan bencana kemanusiaan, melaksanakan penyelesaian dua negara dan akhirnya mencapai penyelesaian komprehensif, adil dan berkekalan untuk isu Palestin. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked