KUALA LUMPUR: Tokoh aktivis kemanusiaan yang juga Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, 61, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1441H/2019 hari ini.
Mohd Azmi yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Azmi dalam kalangan aktivis dan relawan di Malaysia berkata, beliau tidak menyangka dan menganggap penganugerahan itu motivasi buat diri dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain.
“Saya sangat terkejut dan rasa diri begitu kerdil untuk menerima satu anugerah yang berkait dengan peribadi agung Rasulullah SAW,” katanya kepada AlHijrah Online selepas majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini hari ini.
Anak jati Terengganu yang pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik MARDI di Pulau Pinang meletakkan jawatannya dan terlibat sepenuh masa dengan kerja-kerja kemanusiaan dan menubuhkan institut pendidikan, Institut Salman Sungai Petani.
Katanya, beliau mula aktif sejak di universiti dan berpeluang mendedahkan diri dengan pelbagai isu antarabangsa sehingga memutuskan untuk meneruskan perjalanan hidup dengan melatih anak-anak muda sebagai aktivis kemanusiaan.
“Saya aktif ketika saya seorang mahasiswa lagi. Dari situ, nilai rasa bertanggungjawab kepada masyarakat, umat dan juga kemanusiaan telah berputik,” katanya.
Tambahnya, Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dan teladan yang tertinggi untuk diikuti umat Islam.
“Tak kira kita seorang guru, pegawai tentera, penjawat kerajaan atau swasta, semuanya harus melihat Rasulullah SAW yang meninggalkan kita dengan warisan yang tinggi iaitu, menyampaikan dakwah Islamiah kepada seluruh insan di muka bumi ini,” kata Cikgu Azmi.
Selaku penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1441H/2019, Cikgu Azmi menerima hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghargaan.
Penyampaian anugerah itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sambil disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Eco World Foundation, Tan Sri Lee Lam Thye yang juga aktivis sosial dan kemanusiaan turut menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Lam Thye menyifatkan anugerah itu sebagai suntikan semangat kepadanya dan anggota-anggota Ikatan Komuniti Selamat, pertubuhan bukan kerajaan yang baru ditubuhkannya dan agensi kerajaan untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara tanpa mengira batasan agama, adat, budaya dan bangsa.
“Baru-baru ini saya telah wujudkan baru yang dinamakan Ikatan Komuniti Selamat, di mana fokus saya adalah untuk mendidik semua lapisan masyarakat tidak kira kaum dan agama, supaya mereka lebih prihatin tentang soal keselamatan,” kata Lam Thye.
Beliau turut memandang serius dengan kes-kes kebakaran membawa maut di sekolah-sekolah tahfiz sehingga turut menerbitkan sebuah buku panduan keselamatan sekolah-sekolah tahfiz di negara ini melalui kerjasama dengan pakar dalam Ikatan Komuniti Selamat.
“Kita tahu bahawa banyak kejadian yang pernah berlaku di negara kita melalui laporan media mengenai kejadian kebakaran di sekolah tahfiz dan sekolah agama yang lain. Jadi saya rasa aspek keselamatan harus dipertingkatkan lagi,” katanya.
Tiga lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini ialah Pakar Perundangan Syariah, Datuk Daud Muhammad yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019 yang membawa pulang RM50,000, trofi dan sijil penghargaan.
Manakala ahli akademik, Prof Datuk Dr Asma Ismail dan pelopor Hospital Mesra Ibadah, Datuk Dr Khalid Ibrahim pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghargaan selaku penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager