CIKGU DIN DITEMPATKAN SEMENTARA DI KELANTAN, TEMANI ISTERINYA- FADHLINA
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara guru Izzuddin Izhar atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya ke sekolah yang berhampiran, di Kelantan seperti yang dimohon.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ditemui media selepas merasmikan Karnival Pendidikan MADANI dan Program Kolej Vokasional (KV) Insani Masyarakat MADANI di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap di sini hari ini. –fotoBERNAMA
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara guru Izzuddin Izhar atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya ke sekolah yang berhampiran, di Kelantan seperti yang dimohon.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penempatan sementara itu dibuat supaya beliau dapat melaksanakan tugasan, dan pada masa sama menemani isterinya yang disahkan menghidap kanser tahap empat.
Fadhlina berkata proses perbincangan antara Cikgu Din dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Sarawak serta KPM berjalan dengan baik.
“Isu Cikgu Din ini, kita akan uruskan dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah kita akan bagi ruang untuk beliau bersama dengan isterinya melalui arahan penempatan sementara dan ia bertujuan untuk memastikan beliau dapat bersama dengan isterinya dalam tempoh yang amat memerlukan ini.
“Jadi, kita doakan sekali lagi supaya Cikgu Din diberikan kekuatan dan kesabaran serta isterinya diberikan kesembuhan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan MADANI dan Program Kolej Vokasional (KV) Insani Masyarakat MADANI di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap di sini hari ini.
Fadhlina mengulas mengenai kisah tular Cikgu Din yang diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser, dan beliau didakwa telah memohon pertukaran di Semenanjung untuk bersama isterinya namun permohonan berkenaan ditolak.
Pada Khamis lepas, KPM memaklumkan pihaknya mengambil tindakan segera bagi memberi bantuan kepada guru berkenaan, dan telah diberikan cuti untuk berada bersama isterinya.
Dalam pada itu, Fadhlina turut menyangkal dakwaan kononnya kerajaan hanya mengambil tindakan selepas sesuatu isu tular di media sosial, kerana menurutnya proses perbincangan dan langkah alternatif yang ditawarkan kepada guru berkenaan telah berlangsung sebelum itu.
Fadhlina berkata KPM akan memberikan perhatian penuh terhadap semua isu berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang ada, dan beliau menzahirkan penghargaan kepada masyarakat yang empati dengan keadaan Cikgu Din.
Sementara itu, Fadhlina meminta semua pihak agar mengambil tanggungjawab penuh terhadap garis panduan yang dikeluarkan KPM bagi menangani isu gangguan seksual di institusi pendidikan kerana sekolah adalah tempat selamat, dan pihaknya mahu memastikan seluruh ekosistem sekolah mendukung aspek keselamatan murid dan pelajar.
“Kita minta pihak sekolah untuk memastikan aduan itu benar-benar ditangani dengan integriti, jadi tidak perlu takut untuk tampil, dan melakukan proses aduan itu kerana berdasarkan garis panduan itu, ia harus dipatuhi dan diikuti oleh semua pihak,” tegasnya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked