Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYRIA PINTAS PELURU BERPANDU ISRAEL

DALAM NEGARA

SYRIA PINTAS PELURU BERPANDU ISRAEL

Sistem pertahanan udara Syria memintas beberapa peluru berpandu pada awal pagi Sabtu, susulan serangan udara Israel yang menyasarkan kedudukan ketenteraan di wilayah selatan dan tengah negara itu, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA) yang dikendalikan kerajaan.

Sumber Gambar: AFP

DAMSYIK: Sistem pertahanan udara Syria memintas beberapa peluru berpandu pada awal pagi Sabtu, susulan serangan udara Israel yang menyasarkan kedudukan ketenteraan di wilayah selatan dan tengah negara itu, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA) yang dikendalikan kerajaan.

Menurut sumber tentera yang dipetik SANA, serangan itu berlaku kira-kira 2 pagi waktu tempatan dan melibatkan “serangan peluru berpandu” yang dilancarkan dari arah Bukit Golan yang diduduki Israel dan ruang udara Lubnan.

Sumber itu menambah bahawa sistem pertahanan udara berjaya memintas peluru berpandu yang masuk dan menembak jatuh sebahagian daripadanya, sambil menyatakan bahawa usaha masih dijalankan untuk menilai kesan serangan berkenaan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading