PUTRAJAYA: Sebanyak 57 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini ialah 7,819 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 57 kes baharu yang dilaporkan, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Daripada 47 kes penularan tempatan, 43 adalah kes bukan warganegara manakala kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara adalah empat kes sahaja,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Tiada kes kematian dicatatkan hari ini dan jumlah kumulatif yang meninggal dunia kekal pada 115.
Susulan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,351 dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.
Dr Noor Hisham berkata 23 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini manakala sembilan masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau turut menekankan mengenai risiko jangkitan COVID-19 yang meningkat akibat amalan merokok.
“Tabiat merokok telah terbukti mengakibatkan pelbagai jenis penyakit serta boleh melemahkan sistem imuniti manusia sekali gus meningkatkan risiko terhadap jangkitan bakteria dan virus terutama sekali semasa wabak COVID-19.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melalui kenyataannya pada 27 Mei lepas dan disokong dengan beberapa kajian luar negara, mendapati golongan perokok adalah berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti COVID-19.
”Ini kerana ia adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Merokok merosakkan fungsi paru-paru,” katanya.
Sempena Hari Tanpa Tembakau yang diraikan pada 31 Mei setiap tahun, Dr Noor Hisham berkata sambutan di Malaysia pada tahun ini adalah bertemakan ‘Generasi Muda Mesti Dilindungi.’
Justeru itu, selain generasi muda, Kementerian Kesihatan menyeru semua peringkat dan lapisan masyarakat menghindarkan diri daripada amalan merokok kerana dengan berhenti merokok mereka akan lebih sihat, katanya.
Beliau berkata tembakau membunuh lebih 8 juta orang di seluruh dunia setiap tahun dan daripada jumlah itu, lebih 7 juta kematian adalah disebabkan penggunaan tembakau secara langsung dengan kira-kira 1.2 juta adalah bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok terpakai. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager